MAKKAH: Sebahagian mangsa yang terselamat dalam tragedi kren tumbang di Masjidil Haram Jumaat lalu masih lagi trauma akibat kejadian yang berlaku.

Namun, mereka bersyukur terselamat walaupun mengalami kecederaan dalam tragedi tersebut.