Premium
Manila ditenggelami banjir
Nov 13, 2020 | 5:30 AM
SELAMATKAN PENDUDUK: Pasukan penyelamat menggunakan bot kecil untuk membawa penduduk yang terjejas keluar daripada kawasan jalanan yang ditenggelami air di Marikina City, di kawasan pinggiran Manila, akibat Taufan Vamco. - Foto AFP -
MANILA: Taufan ketiga yang membadai Filipina dalam tempoh beberapa minggu, mencetuskan banjir besar di ibu kota Manila semalam, menyebabkan penduduk terperangkap di atas bumbung, serta meragut sekurang-kurangnya satu nyawa di negara itu.
Taufan Vamco membawa angin berkelajuan 155 kilometer sejam ketika membadai Luzon, dengan pihak berkuasa mengeluarkan amaran boleh berlakunya tanah runtuh dan kemungkinan ribut kencang di sepanjang pinggir laut itu.

