Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Mantan Menteri Besar Perlis minta dibicara atas lima pertuduhan rasuah

Didakwa menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM1.06j
Apr 13, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Mantan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, telah didakwa di Mahkamah Sesyen atas lima pertuduhan menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM1.06 juta ($320,307).



Datuk Azlan, 64 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sesyen Azura Alwi.



"Saya mengaku tidak bersalah dan menuntut perbicaraan," katanya pada Rabu.



Menurut kertas pertuduhan pertama hingga kelima, Datuk Azlan didakwa menerima hasil daripada aktiviti-aktiviti haram - RM208,339.90; RM196,651.00; RM224,404.40; RM222,811.95 dan RM207,468.00 - daripada Sri Kedawang Travel & Tours (W) Sdn Bhd, Aidil Travel & Tours Sdn Bhd dan seorang lagi Encik Abdul Rahim Halim yang mewakili Aidil Travel.



Dia didakwa menerima kesemua wang itu menerusi tiga keping cek, satu lagi cek yang dimasukkan ke dalam dua akaun bank miliknya, dan wang tunai daripada Encik Abdul Rahim.



Datuk Azlan didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank Jalan Tuanku Abdul Rahman, CIMB Bank Putrajaya dan Hotel Sheraton Imperial di Kuala Lumpur antara 19 Februari 2014 dengan Disember 2017.



Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.



Jika disabit kesalahan, dia berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda sekurang-kurangnya lima kali ganda jumlah suapan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.



Timbalan pendakwa raya (DPP) Encik Ahmad Akram Gharib memaklumkan kepada mahkamah bahawa kesalahan itu tidak boleh diikat jamin.



"Bagaimanapun, kami tidak membantah sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicaranya untuk membebaskan tertuduh dengan jaminan dan oleh itu kami menawarkan RM50,000 dengan seorang penjamin," kata Encik Ahmad.



DPP Encik Ahmad juga berkata pasport Datuk Azlan telah diserahkan kepada Mahkamah Sesyen Kangar pada Isnin.



Pihak pendakwaan juga memaklumkan mahkamah akan memohon kes Datuk Azlan di Perlis dibicarakan bersama kes Kuala Lumpur.



Peguam Datuk Seri Azlan, Encik Burhanudeen Abdul Wahid, bersetuju dengan jumlah jaminan yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan.



Hakim Azura kemudian menetapkan ikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Jun untuk sebutan semula kes.



Pada Isnin, Datuk Azlan mengaku tidak bersalah di Kangar atas lima pertuduhan tuntutan palsu berjumlah RM1.18 juta antara 2013 dan 2017. - The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >