Mantan menteri luar Arab Saudi Saud al-Faisal meninggal dunia

RIYADH: Putera Arab Saudi, Saud al-Faisal bin Abdulaziz, yang menjadi Menteri Luar paling lama berkhidmat di dunia selama 40 tahun sehinggalah bersara tahun ini, meninggal dunia semalam.

Beliau berusia 75 tahun.

Putera Saud adalah ikon diplomat mewakili dunia Asia Barat yang terbabit dalam menangani banyak krisis mewakili negara Teluk yang kaya dengan minyak.

Antara pembabitannya ialah Perang Saudara di Lebanon pada 1970an dan 1980an, siri perjanjian damai Arab-Israel, penaklukan Iraq ke atas negara jiran Kuwait pada 1990 dan yang terkini Perang Teluk dan serangan pengganas al-Qaeda ke atas Amerika Syarikat pada 11 September 2001.

Pembabitannya juga merangkumi penaklukan ke atas Iraq yang diketuai Amerika Syarikat pada 2003, revolusi dunia Arab atau dikenali Arab Spring, perang saudara Syria dan keganasan kumpulan Negara Islam (IS).

Media rasmi kerajaan Arab Saudi mengumumkan kematian Putera Saud pada tengah malam waktu tempatan. - Agensi berita

Waktu Solat

Subuh
5:38
Syuruk
7:02
Zuhur
1:09
Asar
4:34
Maghrib
7:14
Isyak
8:29
3 HR PSI: 28
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.