Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mantan menteri M'sia Syed Saddiq bentuk parti Muda

Sep 17, 2020 | 5:44 PM
Syed Saddiq dilihat bersama penyokongnya selepas mendaftar Muda Malaysia di Putrajaya pada Khamis.
Syed Saddiq dilihat bersama penyokongnya selepas mendaftar Muda Malaysia di Putrajaya pada Khamis. - SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR: Mantan menteri Kabinet termuda Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pada Khamis (17 September) secara rasmi membuat permohonan untuk mendaftarkan sebuah parti politik baru yang menyasarkan anggota belia, Ikatan Demokratik Malaysia, atau Muda.

Syed Saddiq, Ahli Parlimen Muar berusia 27 tahun, membuat permohonan untuk mendaftar Muda di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), lapor The Straits Times.

Beliau memberitahu wartawan bahawa walaupun nama yang diusulkan ialah Muda, parti itu tidak mengehadkan usia anggotanya.

"Parti ini akan mewakili semua lapisan masyarakat, tanpa mengira bangsa, agama dan usia. Parti ini mengalu-alukan mereka yang berkongsi ideologi, idealisme, pemahaman dan perjuangan kita," katanya.

"Muda akan menjadi parti untuk semua kaum dan agama, yang pemimpinnya akan terdiri daripada individu muda."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg