Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Mantan pegawai Najib ditahan reman berhubung siasatan 1MDB

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Mantan pegawai Najib ditahan reman berhubung siasatan 1MDB

Jun 25, 2018 | 02:34 PM

KUALA LUMPUR: Mantan pegawai khas kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, telah ditahan reman berhubung siasatan terhadap kes penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Amhari Efendi Nazaruddin, 42 tahun, dibawa ke mahkamah majistret di Putrajaya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini (25 Jun), menurut akhbar The Straits Times.

Laman web The Star Online melaporkan bahawa Majistret Shah Wira Abdul Halim mengarahkan Amhari ditahan reman tujuh hari sehingga 1 Julai.

Amhari yang disenaraikan sebagai zamil Eisenhower Fellowships (EF) yang berpangkalan di Amerika Syarikat dikatakan telah bekerja dengan Datuk Seri Najib sejak 2009 berhubung dasar ekonomi negara dan Belanjawan tahunan.

Pada Mei tahun lalu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli mendakwa bahawa Orb Solutions Sdn Bhd, yang sebahagiannya dimiliki Amhari, telah menerima RM2 juta ($679,000) daripada akaun peribadi Datuk Seri Najib pada Ogos 2014.

Encik Rafizi berkata maklumat ini berdasarkan dokumen yang dibocorkan mengenai aliran dana daripada anak syarikat 1MDB, SRC International, yang turut disiasat SPRM.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3