Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mantan penyiasat 1MDB sah gabenor baru bank pusat M'sia

Jun 23, 2018 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, mantan pegawai Bank Negara Malaysia yang menjalankan siasatan ke atas dana kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), telah disahkan sebagai gabenor baru bank pusat itu, lapor Bloomberg.



Jurucakap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan pelantikan itu selepas ia diluluskan oleh Yang di-Pertuan Agong.



Datuk Nor Shamsiah menggantikan Tan Sri Muhammad Ibrahim, yang meletak jawatan awal bulan ini selepas persoalan dibangkitkan mengenai peranan bank pusat itu dalam satu perjanjian yang dikaitkan dengan 1MDB, yang dilanda skandal berbilion dolar.



Tan Sri Muhammad bertugas kurang daripada separuh tempoh pelantikanya selama lima tahun.



Beliau mengemukakan peletakan jawatannya selepas persoalan dibangkitkan mengenai pembelian tanah oleh bank pusat itu daripada kerajaan persekutuan pada harga RM2 bilion ($678 juta).



Urus niaga itu selesai pada Januari lalu dan hasilnya digunakan bagi membayar hutang 1MDB.



Datuk Nor Shamsiah mengetuai siasatan jejak wang yang mengalir keluar daripada 1MDB. Beliau, bagaimanapun, meninggalkan Bank Negara pada November 2016 di tengah-tengah tindakan pemerintah Barisan Nasional (BN), yang disingkir dalam pilihan raya umum bulan lalu, ke atas mereka yang terlibat dalam siasatan ke atas 1MDB.



Setelah meninggalkan Bank Negara selepas berkhidmat selama 30 tahun, Datuk Nor Shamsiah menyertai Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) pada April tahun lalu, berpangkalan di Washington DC sebagai penolong pengarah Jabatan Kewangan dan Pasaran Modal.



Semasa bertugas di Bank Negara Datuk Nor Shamsiah terutamanya terlibat dalam mengawasi dan memastikan kesihatan sektor perbankan, yang merupakan tanggungjawab utama bank pusat bagi memastikan kestabilan kewangan dalam sistem.



Selain daripada bank, bidang pengawasannya meliputi syarikat insurans dan takaful, perisikan kewangan dan penguatkuasaan, dan pengurusan bakat.



Peranannya dalam pengawasan bank yang menyaksikan beliau menerajui siasatan ke dalam 1MDB di peringkat bank pusat itu.



Datuk Nor Shamsiah juga terlibat dalam inisiatif huraian sektor kewangan semasa krisis kewangan Asia dan penyediaan dan pelaksanaan Pelan Induk Sektor Kewangan dari 2001 hingga 2010.



Mantan gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Abdul Aziz, berkata pelantikan Datuk Nor Shamsiah adalah keputusan yang sangat baik, lapor The Star Online semalam.



Beliau berkata pelantikan itu mencerminkan penghormatan kerajaan baru Pakatan Harapan terhadap bank pusat itu sebagai sebuah institusi penting.



"Saya fikir inilah yang ingin dilihat oleh pasaran, sebuah institusi yang kekal bebas dalam melaksanakan fungsinya. Beliau akan segera bertugas dengan ligat dan bersemangat," ujarnya.



Dr Zeti berkata pelantikan Datuk Nor Shamsiah bukan kerana pelibatannya dalam siasatan ke atas 1MDB.



"Pelantikan itu mencerminkan keupayaannya - beliau mengambil jawatan di Dana Kewangan Antarabangsa kerana kelayakannya, dan beliau diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam bidang kepakarannya, yang merupakan kestabilan kewangan," katanya.



Seperti Tan Sri Muhammad, Datuk Nor Shamsiah, menjadi timbalan gabenor Bank Negara semasa Dr Zeti menjadi gabenor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >