Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mantan PM Jepun Shinzo Abe meninggal akibat ditembak

Jul 09, 2022 | 05:30 AM



TOKYO: Mantan perdana menteri Jepun, Encik Shinzo Abe, meninggal dunia semalam kira-kira enam jam selepas beliau ditembak semasa membuat ucapan kempen pilihan raya di wilayah Nara, Jepun, di sebelah pagi.



Kematiannya disahkan pegawai dari Parti Liberal Demokratik kepada media tempatan.



Seorang lelaki melepaskan tembakan ke arah Encik Abe, 67 tahun, dari belakang dengan pistol, sedang beliau berucap, lapor media Jepun.



Encik Abe berada dalam keadaan kritikal semasa dikejarkan ke Hospital Universiti Perubatan Nara, kata pegawai perubatan pada sidang akhbar. Beliau dilaporkan meninggal dunia pada 5.03 petang waktu tempatan.



Pihak hospital memberitahu, tiada peluru ditemui dalam tubuh Encik Abe semasa pembedahan, tetapi satu luka "cukup mendalam yang sampai ke jantung" yang menyebabkan pendarahan.



Encik Abe telah mengalami dua luka pada jarak kira-kira 5 sentimeter pada lehernya, dan pembedahan jantung terbuka telah dijalankan untuk menentukan di mana pendarahan itu untuk menghentikan pendarahan, jelas doktor.



Perdana Menteri Jepun, Encik Fumio Kishida, berkata beliau tidak dapat berkata apa-apa untuk menggambarkan perasaannya terhadap kematian Encik Abe, sambil menambah beliau kehilangan seorang rakan peribadi.



Beliau mengutuk serangan 'biadab' itu, yang menurutnya "tidak boleh dimaafkan" dan tidak dapat diterima sama sekali.



Suspek tembakan itu, dikenali sebagai Tetsuya Yamagami, 41 tahun, telah diberkas.



Sementara itu, dalam satu catatan Facebook, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata beliau amat terkejut apabila mengetahui bekas perdana menteri Jepun itu ditembak. Ini adalah tindakan keganasan yang tidak masuk akal, katanya.



"Saya menerima dengan hati yang berat berita Encik Abe telah meninggal dunia akibat kecederaannya. Ini adalah kejadian amat mengejutkan dan mendukacitakan. Saya mengucapkan takziah kepada Cik Abe Akie, orang tersayang Encik Abe, dan rakyat Jepun," ujar Encik Lee.



Menulis di Facebook juga, Presiden Halimah Yacob berkata: "Takziah kepada rakyat Jepun atas pemergian mantan perdana menteri Shinzo Abe secara mendadak.



"Sebagai perdana menteri Jepun yang paling lama berkhidmat, beliau akan dikenang kerana dedikasinya memperbaiki kehidupan rakyatnya. Beliau berkhidmat dengan cemerlang dan terhormat."



Laporan lanjut: Lelaki disyaki tembak Shinzo Abe ditahan




PM LEE HSIEN LOONG UCAP TAKZIAH



"Saya menerima dengan hati yang berat berita Encik Abe telah meninggal dunia akibat kecederaannya. Ini adalah kejadian amat mengejutkan dan mendukacitakan. Saya mengucapkan takziah kepada Cik Abe Akie, orang tersayang Encik Abe, dan rakyat Jepun."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >