Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mantan PM Malaysia Najib dan isteri tidak dibenarkan ke luar negara

May 12, 2018 | 01:54 PM



KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, telah dilarang meninggalkan negara selepas beliau mengumumkan rancangannya untuk pergi bercuti menyusuli kekalahan mengejutkan yang dialami Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 Malaysia (PRU14) minggu ini.



“Saya telah dimaklumkan bahawa Jabatan Imigresen Malaysia tidak membenarkan saya dan keluarga ke luar negara.



“Saya menghormati arahan tersebut dan akan bersama keluarga dalam negara,” katanya menerusi laman Facebook beliau pagi tadi (12 Mei).



[embed]https://twitter.com/NajibRazak/status/995151255352758272[/embed]



Datuk Seri Najib, 64 tahun, sebelum ini berkata beliau akan ingin bercuti sekejap untuk meluangkan masa bersama keluarganya. Tambahnya, beliau jarang bersama mereka kebelakangan ini.



Menerusi Facebook tadi, Jabatan Imigresen Malaysia turut mengesahkan bahawa Datuk Seri Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, “baru sahaja disenarai hitamkan dari keluar negara”.



Datuk Seri Najib dan isterinya disenarai sebagai antara penumpang bagi satu penerbangan pesawat privet yang dijadual meninggalkan Kuala Lumpur menuju ke Jakarta pada 10 pagi tadi, menurut media Malaysia.



Sekumpulan wartawan juga telah berhimpun di Lapangan Terbang Subang pagi tadi selepas kenyataan bahawa Datuk Seri Najib dan isterinya akan meninggalkan Malaysia tersebar luas di media sosial.



Malah, pegawai polis turut dilihat mengawal lapangan terbang itu, menurut akhbar The Straits Times.



Awal pagi tadi, Datuk Seri Najib turut mengucapkan terima kasih kepada warga Malaysia kerana memberinya peluang memimpin negara itu dan meminta maaf bagi segala kesilapan.



“Rakan kerja saya di BN dan saya komited menghormati keinginan rakyat dan membantu peralihan kuasa yang lancar,” ujarnya.



Selain itu, Datuk Seri Najib berkata beliau akan mengambil keputusan mengenai kedudukannya sebagai Presiden Umno dan Pengerusi BN, mengambil kira kemerosotan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional pada PRU14.



“Sebagai Presiden Umno dan Pengerusi BN, saya bertanggungjawab sepenuhnya atas keputusan Pilihan Raya Umum ke-14.



“Sebarang keputusan yang saya akan buat nanti, hanyalah untuk memastikan Umno dan BN agar kembali kuat dan mendapat semula kepercayaan rakyat,” katanya.



[embed]https://twitter.com/NajibRazak/status/995146842030596096[/embed]



Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan bahawa kedua-dua Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah telah disenarai hitamkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia tetapi Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Mustafar Ali menolak dakwaan itu.



Namun kemudian, Jabatan Imigresen Malaysia mengeluarkan kenyataan di Facebook untuk mengesahkan bahawa pasangan itu telah disenarai hitamkan.



Sehari selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, 92 tahun, berkata beliau berhasrat untuk mendapatkan semula wang yang dikatakan lesap dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang diasaskan oleh Datuk Seri Najib.



Datuk Seri Najib telah menyangkal sebarang kesilapan berhubung 1MDB secara konsisten sejauh ini.



Dalam pada itu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pula berkata satu perubahan yang besar diperlukan agar Umno dapat kembali kepada Umno yang asal.



“Kita mesti lakukan perubahan yang tidak pernah kita fikirkan. Yang kita perlukan hari ini ialah kejujuran yang mendalam, keberanian yang luar biasa dan pengorbanan yang pedih,” ujarnya.





 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >