Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mantan PM M'sia, Mahathir, dibenar pulang dan jalani rawatan susulan di hospital bila perlu

Feb 05, 2022 | 12:47 PM



KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, sudah dibenarkan pulang dari Institut Jantung Negara (IJN) pada 8.40 pagi Sabtu (5 Februari).



Ini disahkan menerusi satu kenyataan media IJN.



Menurut kenyataan itu, Dr Mahathir baru-baru ini telah dimasukkan ke institut tersebut dan dirawat di sana. Beliau kini menjalani pemulihan di rumah sementara rawatan susulan dan lanjutan di IJN akan diteruskan bila-bila perlu dalam masa mendatang.



Dr Mahathir dan isterinya, Tun Sri Hasmah, jelas IJN, mengucapkan terima kasih kepada semua di atas keprihatinan dan doa yang dihimpunkan sepanjang Dr Mahathir dirawat di IJN.



Dalam satu kenyataan pejabat Dr Mahathir pada Jumaat, dinyatakan beliau tidak dibenarkan menerima pengunjung buat masa ini.



Sebelum ini, beliau dibenarkan pulang antara 8 pagi dengan 4 petang. Beliau kembali ke IJN bagi prosedur tertentu pada waktu petang.



Dalam satu pesanan video pula yang ditukil agensi berita Reuters, Dr Mahathir berkata:



"Saya telah pulih tetapi belum sepenuhnya."



Dr Mahathir yang sudah dua kali bergelar Perdana Menteri Malaysia masih merupakan penggubal dasar yang aktif. Beliau dimasukkan semula ke hospital bagi rawatan selepas menjalani prosedur perubatan elektif pada 8 Januari.



IJN tidak menjelaskan mengenai rawatan yang diterima Dr Mahathir yang mempunyai sejarah penyakit jantung.



 



 



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >