BEIJING: Mantan Presiden China, Encik Jiang Zemin, meninggal dunia petang tadi (30 November) di Shanghai. Mendiang berusia 96 tahun.
Agensi berita China, Xinhua, melaporkan bahawa mendiang Encik Jiang meninggal dunia akibat leukaemia dan kegagalan organ yang pelbagai.
Mendiang Encik Jiang, yang merupakan setiausaha agung parti daripada 1989 hingga 2002 dan ketua negara mulai 1993 hingga 2003, meninggalkan Parti Komunis secara kukuh kepada pemimpin parti Xi Jinping.
Mendiang Encik Jiang dikhabarkan sudah sakit sejak sekian lama, dan tidak hadir di kongres parti itu bulan lalu, di mana ramai pemimpin lama parti turut hadir.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg