Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Manusia paling berat di dunia - 500kg - keluar rumah kali pertama dalam 6 tahun

Nov 17, 2016 | 01:37 PM



AGUASCALIENTES: Manusia paling berat di dunia telah meninggalkan rumahnya di Mexico buat kali pertama dalam tempoh enam tahun untuk mendapatkan rawatan perubatan bagi berat badannya, lapor media tempatan.



Encik Juan Pedro Franco Salas, 32 tahun, dari bandar Aguascalientes di Mexico, mempunyai berat badan 500kg. Beliau dibawa oleh ambulans khas ke sebuah hospital swasta di Guadalajara, di negeri jiran Jalisco.



Ibu Encik Salas, Cik María de Jesús Salas Lemus, memberitahu akhbar Mexico Excelsior Encik Salas hanya 3.4kg apabila dilahirkan, tetapi berat badannya naik dengan cepat tanpa diketahui sebabnya hingga mencapai 230 kg apabila beliau berumur 17 tahun.



Keadaannya semakin teruk selepas satu kemalangan membuat beliau terlantar di atas katil sejak enam tahun lalu.



Menurut stesen berita Mexico, Televisa, Encik Salas mengalami, antara lain, obesiti teruk, kencing manis dan hipertiroidisme (organ tiroid terlalu aktif hingga menghasilkan hormon tiroksin dengan banyak).



Beliau dikatakan bersemangat tinggi ketika meninggalkan rumah dan berharap dapat berjalan dan berlari semula tidak lama lagi.



Encik Salas akan menerima pemeriksaan kesihatan darah, jantung dan sistem pernafasan. Matlamat beliau ialah membuang 30kg hingga 40kg untuk cergas bagi menjalani pembedahan.



Televisa memetik Dr José Antonio Castañeda, pakar bedah yang mengetuai pasukan perubatan, sebagai berkata Encik Salas mesti membuang sebanyak berat badan yang mungkin dalam tempoh enam bulan akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >