Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Marcos azam kekang inflasi, pesatkan ekonomi Filipina

Jul 25, 2023 | 02:20 PM



MANILA: Presiden Ferdinand Marcos Jr menzahirkan tekad pemerintahnya untuk meletakkan Filipina dalam senarai ekonomi paling pesat berkembang di Asia walaupun harga barangan melambung tinggi – masalah terbesar yang membelenggu pentadbirannya setakat ini.


Dalam ucapan negara tahunannya pada Isnin, Encik Marcos berkata pentadbirannya melakukan segala yang boleh untuk memastikan harga kekal stabil.

“Kadar inflasi bergerak ke arah yang betul... Kami sedang menstabilkan harga semua komoditi kritikal,” katanya. “Terdapat banyak perkara yang kita tidak dapat mengawalnya tetapi mana-mana yang kami mempunyai kawalan, kami melakukan semampu mungkin.”

Kadar inflasi susut kepada 5.4 peratus pada Jun – penyusutan bulan kelima berturut-turut daripada paras tertinggi 8.7 peratus pada Januari. Setahun lalu, pada Jun 2022, inflasi berada pada paras 6.1 peratus.

Tanpa perincian lanjut, Presiden Marcos berkata beliau merancang meningkatkan pengeluaran pertanian dengan memodenkan rantaian nilai, yang akan ditambah dengan pengimportan “tepat pada masanya dan sudah ditentukan”.

Beliau berikrar akan mengekang kartel sedia ada yang menyorok bekalan dan memanipulasi harga produk pertanian – sesuatu yang dikutuk pentadbirannya.

Pentadbirannya kini mahu menjadikan ladang sebagai enjin pertumbuhan.

Aktiviti kartel telah menyebabkan kenaikan harga bahan makanan utama seperti beras dan bawang, yang pengeluarannya dibelenggu oleh masalah berterusan seperti corak cuaca yang tidak menggalakkan, kekurangan sokongan kepada petani dan isu rantaian bekalan.

Bawang telah menjadi simbol inflasi, dengan harganya melonjak enam kali ganda kepada 600 peso ($14.60) sekilogram pada akhir 2022.

“Kami akan mengejar kartel yang melakukan penipuan. Kegiatan mereka akan berakhir tidak lama lagi,’‘ tegas Encik Marcos.

Sejak memegang tampuk pemerintahan pada Jun 2022, Encik Marcos telah mengemudi Filipina menyelusuri kesan pandemik dan menangani hutang negara yang semakin meningkat ke paras 13.86 trilion peso pada akhir Mac.

Walaupun harga barangan yang melambung tinggi kekal sebagai isu perit bagi pentadbirannya, Presiden Marcos tetap popular dalam kalangan rakyat Filipina dan mendapat sokongan majoriti di kedua-dua dewan Kongres. Penarafan kelulusan dan kepercayaan beliau masing-masing pada 78 peratus dan 80 peratus dalam tinjauan oleh Pulse Asia Research pada Mac.

Beberapa hari sebelum ucapannya, beliau telah melancarkan slogan ‘Filipina Baru’ – senada dengan slogan ‘Masyarakat Baru’ yang dilaungkan oleh mendiang bapa diktatornya selama dua dekad memerintah Filipina.

Encik Marcos juga menyatakan dana negara yang kali pertama Filipina wujudkan adalah untuk tujuan pelaburan dan membiayai beberapa projek keutamaan negara, termasuk program infrastruktur utama. “Keuntungan daripada dana itu akan dilaburkan semula ke dalam kesejahteraan ekonomi negara,” tambahnya.

Walaupun menghadapi masalah domestik, ekonomi Filipina berkembang lebih pantas daripada jangkaan dan telah mengatasi prestasi negara jiran Asia pada suku pertama 2023. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >