Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MAS telah serah laporan berkaitan pelaburan 1MDB kepada Bank Negara

May 26, 2015 | 05:33 PM



KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia mengesahkan telah menerima laporan daripada Penguasa Kewangan Singapura (MAS) berkaitan pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan Bank BSI di negara itu.


Bagaimanapun, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, laporan itu adalah sulit dan tidak dapat dikongsi dengan umum.


"Maklumat ini hanya boleh disampaikan kepada agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab.


"Pihak kami tidak dapat menyatakan lebih daripada itu," katanya pada sidang media, hari ini.


Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini berada di Tokyo, Jepun, memberi jaminan pengurusan tertinggi 1MDB tidak akan lari daripada menghadiri prosiding siasatan yang dikendalikan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).


Menurut Datuk Seri Najib, kedua-dua Presiden 1MDB sekarang, Encik Arul Kanda Kandasamy dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Datuk Shahrol Halmi, telah memberi jaminan mereka akan menghadiri prosiding itu.


"Mereka akan hadir. Mereka tidak akan lari.


"Mereka hanya perlu menyelesaikan beberapa perkara terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan dialog bersama pelajar Universiti Tohoku di sini, Selasa.


Datuk Shahrol adalah CEO pertama 1MDB sehingga meninggalkan syarikat berkenaan untuk menyertai Unit Pengurusan Prestasi Dan Pelaksanaan (Pemandu).


Beliau menjadi CEO syarikat itu dari Februari 2009 hingga Mac 2013, manakala Arul mengambil alih daripada CEO, Encik Mohd Hazem Abdul Rahman pada Januari tahun ini.


The Star sebelum ini melaporkan, Encik Arul mempunyai urusan berkaitan syarikat di luar negara dan tidak dapat menghadiri sesi PAC, manakala Datuk Shahrol pula dikatakan memohon penangguhan sebulan untuk membuat persiapan sebelum prosiding itu. - mStar Online.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >