Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

LAWATAN MASAGOS KE TIMUR TENGAH

Masagos gesa asatizah buru kemahiran sepanjang hayat

Oct 17, 2018 | 05:30 AM



ASATIZAH perlu menambah kemahiran baru sepanjang kerjaya mereka supaya boleh kekal relevan dan memberi sumbangan melebihi bidang keagamaan.



Demikian pesanan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, ketika menyampaikan ucapan di majlis penyampaian ijazah bagi siswazah Universiti Al-Azhar dari Singapura di Kahirah, Mesir kelmarin,



"Saya berkata bahawa ekonomi Singapura yang pesat berubah bermakna setiap orang perlu terus belajar dan menambah kemahiran," ujar Encik Masagos dalam posnya di Facebook.



"Saya gesa mereka untuk mempelajari kemahiran baru sepanjang hidup mereka supaya sentiasa relevan sebagai asatizah. Kemahiran sebegitu akan menambah nilai dalam kerjaya mereka dalam bidang agama dan menambah keupayaan mereka berkhidmat kepada masyarakat dan masyarakat lebih luas. Berbekal kemahiran baru, mereka juga boleh memberi sumbangan dalam bidang dan kerjaya lain," ujar beliau.



Sekitar 60 siswazah dari Singapura menerima ijazah mereka daripada Encik Masagos selain turut menghadiri sesi dialog bersama mahasiswa lain yang menuntut di Universiti Al Azhar.



Menurut Encik Masagos, peserta dialog ingin tahu tentang peluang pekerjaan di Singapura dan tentang peranan mereka membimbing masyarakat dalam dunia yang kian rumit dan mencabar.



Menjawab, Encik Masagos berkata asatizah adalah tunggak masyarakat dan berperanan penting dalam membina Singapura yang bersatu dan harmoni.



"Ada banyak peluang untuk mereka memainkan peranan, termasuk dalam M Kuasa Tiga (M3) dan saya menanti sumbangan mereka," katanya lagi.



Semalam, Encik Masagos dijadual bertemu dan mengadakan perbincangan dengan Pemangku Imam Besar Sheikh Saleh Abbas dan pegawai kanan lain dari Universiti Al Azhar, sebelum menggulung kunjungannya ke Timur Tengah, yang bermula sejak hujung minggu lalu.



Sebelum ke Mesir, Encik Masagos telah menyertai rombongan diketuai Timbalan Perdana Menteri Encik Teo Chee Hean yang mengunjungi Oman dan Jordan.



Di Amman, Jordan, Encik Masagos turut mengadakan dialog dengan mahasiswa dari Singapura yang menuntut di universiti di sana.



Di Muscat, Oman, pula beliau yang juga Menteri Sekitaran dan Sumber Air, menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan rakan sejawatan dari Oman bagi memperluas kerjasama dalam menangani isu-isu sekitaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >