Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masalah UK tidak akan lesap tahun baru ini, PM Sunak beri amaran

Jan 1, 2023 | 3:20 PM
Dalam amanat Tahun Baru pertamanya selaku Perdana Menteri, Encik Sunak akur bahawa tahun lalu amat sukar buat negara itu.
Dalam amanat Tahun Baru pertamanya selaku Perdana Menteri, Encik Sunak akur bahawa tahun lalu amat sukar buat negara itu. - Foto: AFP

LONDON: Perdana Menteri Britain, Encik Rishi Sunak, memberitahu warga Britain bahawa masalah yang membelenggu negara itu tidak akan lesap tahun ini, satu amaran yang mendorong Parti Buruh untuk menuduh kerajaan negara itu meranapkan ekonomi.

Dalam amanat Tahun Baru pertamanya selaku Perdana Menteri, Encik Sunak akur bahawa tahun lalu amat sukar buat negara itu.

"Saya tidak akan berpura-pura bahawa semua masalah akan hilang Tahun Baru ini," katanya dalam mesej video yang dipos semalam.

"Sedang kita pulih daripada pandemik sejagat yang tidak diduga, Russia pula melancarkan pencerobohan tidak berperikemanusiaan dan tidak sah ke serata Ukraine."

Encik Sunak merupakan perdana menteri ketiga Britain tahun lalu, menyusuli peletakan jawatan Encik Boris Johnson dan Cik Liz Truss, selepas hilang undi keyakinan Parti Konservatif.

Encik Sunak terpaksa berhadapan dengan kesukaran yang berlaku di negara sendiri dan di luar negara.

Beliau berjanji untuk terus menyokong Ukraine dalam menentang Russia dan berkata yang beliau terpaksa membuat keputusan sukar untuk mengawal pinjaman dan hutang negara itu. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg