Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SUSULAN LETUPAN GUNUNG BERAPI & TSUNAMI MELANDA TONGA

Masyarakat antarabangsa sahut seruan bantu Tonga

Jan 22, 2022 | 05:30 AM



WELLINGTON/SYDNEY: Lebih banyak kapal dan pesawat yang membawa bantuan dijangka tiba di Tonga dalam beberapa hari mendatang sedang masyarakat antarabangsa menyahut seruan untuk menghulurkan bantuan segera daripada negara kepulauan Pasifik itu, susulan letusan gunung berapi dan tsunami yang dahsyat.



Penerbangan pertama dari Australia dan New Zealand mendarat di Tonga kelmarin dengan bekalan air yang sangat diperlukan bagi tujuan sanitasi dan kebersihan serta tempat perlindungan, peralatan perhubungan dan penjana kuasa.



Satu kapal New Zealand HMNZS Aotearoa membawa sebanyak 250,000 liter air dan mampu menghasilkan 70,000 liter air sehari melalui loji penyahgaraman, dijadual tiba di Tonga semalam.



Satu penerbangan bantuan Australia pula terpaksa pulang ke pangkalan di pertengahan penerbangan selepas dimaklumkan ada kes positif Covid-19, kata seorang pegawai pertahanan negara itu.



Semua kru telah diuji negatif selepas menjalani ujian antigen pantas sebelum berlepas, tetapi ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) kemudian menunjukkan keputusan positif.



Bekalan di pesawat berkenaan telah dipindahkan ke penerbangan lain yang berlepas semalam.



Setakat ini, Tonga bebas Covid- 19 dan mempunyai dasar kawalan sempadan ketat.



Sementara itu, lebih banyak bantuan sedang dalam perjalanan ke Tonga dengan kapal HMAS Adelaide dalam perjalanan dari Brisbane dan dijadual tiba di Tonga minggu depan, kata Suruhanjaya Tinggi Australia di Tonga, dalam catatannya di Facebook.



Gunung berapi Hunga Tonga-Hunga Ha'apai meletus dengan letupan kuat pada Sabtu lalu, mencetuskan tsunami yang memusnahkan kampung, pusat peranginan dan banyak bangunan lain serta memusnahkan sistem perhubungan negara yang mempunyai kira-kira 105,000 penduduk itu.



Sejauh ini, tiga orang dilaporkan terbunuh, kata pihak berkuasa.



Abu telah menyelubungi kepulauan itu dan merosakkan banyak sumber air minumannya.



Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Stephane Dujarric, berkata dalam satu taklimat bahawa Tonga telah meminta bantuan segera dan agensi itu sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa.



"Pasukan penilai telah sampai ke kebanyakan bahagian negara itu, termasuk pulau terpencilnya. Kami prihatin tentang akses kepada air selamat pada 50,000 orang di negara. Ujian mutu air diteruskan, dan kebanyakan orang bergantung kepada air botol," kata Encik Dujarric. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >