Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Masyarakat Cina Islam Indonesia turut bersiap raikan Lebaran

Ramai orang Cina menganut Islam melalui perkahwinan dengan orang Islam Indonesia, tetapi tetap berpegang pada tradisi mereka.
Apr 09, 2024 | 11:47 AM



JAKARTA: Berjuta-juta umat Islam di seluruh Indonesia, termasuk sebilangan anggota masyarakat minoriti Cina, giat bersiap menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi merayakan berakhirnya bulan puasa Ramadan.


Kira-kira 87 peratus daripada lebih 270 juta penduduk Indonesia beragama Islam. Sementara kebanyakan daripada hampir 3 juta rakyat etnik Cina – mengikut banci 2010 – beragama Buddha atau Kristian, yang lain pula beragama Islam.

Umat Islam di seluruh dunia dijangka menyambut Hari Raya pada 10 April.

Encik Johanes Herlijanto, pengasas bersama dan pengerusi Forum Sinologi Indonesia (FSI), berkata untuk menganggarkan jumlah orang Cina/Muslim Indonesia adalah “sangat sukar” kerana “jumlah etnik Cina secara keseluruhan masih menjadi perdebatan” – sambil merujuk kepada angka yang berbeza yang diperoleh.

Encik Johanes berkata mereka (Cina/Islam) adalah “masyarakat yang pelbagai” dengan komitmen yang berbeza-beza terhadap agama mereka.

“Kita akan menemui orang yang mengamalkan agama secara ketat, contohnya memakai pakaian Islam. Malah ada pemimpin agama dalam kalangan mereka,” katanya seperti yang dilapor media Aljazeera.


“Kita juga akan menemui orang yang tidak begitu menekankan identiti agama mereka, jadi mereka tidak terlalu berbeza daripada masyarakat etnik Cina secara amnya.”

Cik Maria Leoni, 36 tahun yang tinggal di Jepara, wilayah Jawa Tengah Indonesia, dan menjalankan perniagaan kain ikat – di bawah jenama KainRatu – bersama suaminya antara kelahiran etnik Cina yang telah memeluk Islam.

“Saya gembira setiap kali mendengar azan ketika matahari terbenam. Saya berada di hadapan televisyen (menunggu azan). Mungkin ia sudah ditakdirkan (untuk saya memeluk Muslim),” katanya yang memeluk Islam pada usia 17 tahun. Beliau dijangka menyambut Lebaran di kampung halaman suaminya.

Cik Agni Malagina, seorang penyelidik bebas yang memberi tumpuan kepada masyarakat Cina Indonesia, berkata wujud tanggapan umum bahawa orang Cina yang memeluk Islam sering melepaskan identiti budaya mereka, tetapi itu tidak semestinya benar.

“Ramai masih tahu asal usul mereka dan tidak teragak-agak untuk mengakui identiti Cina mereka,” katanya kepada Aljazeera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >