Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mat Sabu: Anak saya sama seperti anak orang lain, tertakluk kepada undang-undang

Jan 6, 2019 | 2:37 PM
BERI PENGESAHAN: Encik Mohamad Sabu mengesahkan laporan media bahawa anaknya ditahan polis selepas didapati positif dadah.
BERI PENGESAHAN: Encik Mohamad Sabu mengesahkan laporan media bahawa anaknya ditahan polis selepas didapati positif dadah. - Foto THE STRAITS TIMES

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Malaysia, Encik Mohamad Sabu, mengesahkan semalam (5 Januari) bahawa anaknya ditahan polis selepas didapati positif dadah.

"Susulan penahanan ini, saya dan keluarga menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk bertindak berdasarkan proses undang-undang sedia ada.

"Anak saya sama seperti anak orang lain juga, tertakluk kepada proses undang-undang negara," katanya menerusi satu kenyataan.

Difahamkan, anaknya yang bernama Ahmad Saiful Islam Mohamad itu ditahan ekoran serbuan oleh pihak berkuasa di Jalan Ampang.

Menurut sumber, ujian saringan air kencing awal yang dilakukan ke atas lelaki berusia 31 tahun itu kemudian mendapati dia positif dadah jenis ganja. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg