Mat Sabu: Pendedahan nilai rampasan harta berkaitan Najib "sangat memalukan"
Premium
Mat Sabu: Pendedahan nilai rampasan harta berkaitan Najib "sangat memalukan"
Mohamad Sabumenteri pertahananParti Amanah Negarakementerian pertahanan1 malaysia development berhadTun Dr Mahathir MohamadDatuk Seri Najib Tun Abdul RazakMALAYSIARM1.1b
Jun 29, 2018 | 5:30 AM
WAWANCARA EKSKLUSIF: Wartawan Berita Harian Chairul Fahmy Hussaini (kiri) menemu ramah Encik Mohamad Sabu di pejabatnya di Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur, tengah hari semalam. - Foto ihsan CHAIFUL FAHMY HUSSAINI -
KUALA LUMPUR: Pendedahan polis Malaysia berhubung nilai RM1.1 bilion ($376.36 juta) wang dan pelbagai barangan mewah - termasuk barang kemas, beg tangan, jam tangan, cermin mata dan tiara - yang dirampas bagi kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dikaitkan dengan mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, bukan hanya "sangat mengejutkan" malah "sangat memalukan", kata Menteri Pertahanan Malaysia, Encik Mohamad Sabu.
Pendedahan itu mencalar imej Malaysia sehingga ke seluruh dunia, ujarnya.

