Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mata wang euro susut pantas dan mendadak

Jul 15, 2022 | 5:30 AM
7366290c-70b8-413a-a493-a925a9d8918d
-

LONDON: Mata wang euro telah mengalami kemerosotan yang pantas dan mendadak tahun ini, dan kini ia telah melepasi ambang utama buat kali pertama dalam lebih dua dekad: mencapai kesetaraan dengan dolar Amerika Syarikat.

Kemerosotan 12 peratus itu adalah hasil pelbagai tekanan, daripada perang di Ukraine kepada krisis tenaga dan risiko yang semakin meningkat bahawa Russia akan memotong eksport gas dan menyebabkan kawasan euro itu memasuki kemelesetan.

Ditambah dengan bank pusat yang bergerak mengikut kelajuan yang jauh berbeza dan dolar yang dalam permintaan, beberapa penganalisis berkata kesetaraan mungkin bukan titik akhir, tetapi sekadar batu loncatan kepada kelemahan selanjutnya.

Mata wang euro susut sebanyak 0.4 peratus kelmarin untuk mencecah paras terendah AS$0.9998 ($1.40).

Kemerosotan terkini itu berlaku selepas inflasi Amerika meningkat bulan lalu melebihi ramalan, meningkatkan pertaruhan pada kenaikan kadar Rizab Persekutuan.

Ia kembali semula untuk didagangkan pada sekitar AS$1.002 pada 2.10 petang di London.

Kemerosotan itu tidak disertai jenis keraguan yang wujud mengenai euro apabila ia menjunam semasa tahap permulaannya pada awal abad ini, atau apabila krisis hutang berdaulat berlaku sedekad lalu.

Walau bagaimanapun, ia masih menjadi masalah bagi Bank Pusat Eropah (ECB).

Ia juga merupakan masalah bagi pengguna dalam ekonomi 12 trilion euro ($17 trilion), yang menyumbang kepada lonjakan inflasi yang sudah di luar kawalan, dengan harga meningkat pada kadar rekod hampir 9 peratus.

Susut nilai sangat pesat, memandangkan euro didagangkan hampir AS$1.15 pada Februari lalu.

Ia adalah lebih luar biasa memandangkan kurang daripada dua tahun lalu, penggubal dasar ECB bimbang tentang kekuatan euro yang berlebihan dan membawa kepada penurunan inflasi.

Kini mereka menghadapi dunia yang berbeza: kejatuhan dramatik dalam mata wang mereka dan harga pengguna melonjak.

Beberapa penggubal dasar ECB telah memberi isyarat bahawa kelemahan itu ada dalam fikiran mereka, terutamanya apabila ia berkaitan dengan inflasi yang diimport.

Awal kelmarin, penggubal dasar ECB, Encik Francois Villeroy de Galhau, berkata bank pusat itu sedang memerhati kejatuhan euro kerana kesannya ke atas harga pengguna.

Sebagai tambahan kepada ancaman dwi inflasi-kemelesetan itu, ECB juga sedang menangani risiko kos pinjaman berdaulat yang mencapah terlalu banyak sedang ia membalikkan keputusan mengenai langkah stimulus. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg