Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mata wang Euro susut selepas Russia henti bekalan gas

Sep 6, 2022 | 5:30 AM
-

LONDON: Nilai mata wang Euro merosot semalam selepas Russia memutuskan untuk menghentikan bekalan gas menerusi saluran paip ke Eropah.

Langkah Moscow itu telah menimbulkan kebimbangan kekurangan bekalan sumber tenaga sehingga menaikkan harga dan menjejas pertumbuhan, sementara indeks dolar Amerika Syarikat (AS) mencecah paras tertinggi dalam masa 20 tahun.

Nilai Euro mencecah $0.9903 di waktu awal Asia, hanya melepasi paras $0.99005 yang dicatatkan bulan lalu. Sterling menghadapi penurunan terendah dalam dua setengah tahun pada nilai $1.1458.

Nilai Pound juga dikurangkan disebabkan kebimbangan meningkatnya kos tenaga.

Menteri Luar Britain, Cik Liz Truss, pada hujung minggu lalu berkata beliau akan membentangkan satu pelan tindakan segera bagi menangani kos bekalan tenaga yang meningkat, sekiranya beliau menjadi perdana menteri Britain yang baru.

Mata wang Jepun, yen, mencatat nilai 140.23 bagi setiap dolar, dan menghadapi tekanan terendah dalam dalam 24 tahun.

Nilai dolar Australia yang sensitif risiko turut merosot 0.3 peratus dan mencecah paras terendah dalam tujuh minggu pada nilai $0.6790.

Indeks dolar AS mencatat paras tertinggi dalam dua dekad, suatu seketika mencecah 110.

Russia membatalkan tempoh menyambung semula pengaliran gas menerusi saluran paip Nord Stream, dengan menyatakan berlakunya kebocoran minyak di sebuah turbin.

Ia berlaku secara kebetulan apabila menteri kewangan dari Kumpulan Tujuh mengumumkan batas harga untuk minyak Russia. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg