Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Maut dibaham harimau gara-gara cuba elak bayar masuk zoo

Feb 1, 2017 | 9:07 AM
Lelaki itu diheret oleh harimau dalam kandang di Zoo Ningbo Youngor. PHOTO: SCREENGRAB DARI VIDEO
Lelaki itu diheret oleh harimau dalam kandang di Zoo Ningbo Youngor. PHOTO: SCREENGRAB DARI VIDEO - GAMBAR DARIPADA SKRIN VIDEO

ZHEJIANG: Keluarga seorang lelaki yang mati dibaham harimau di sebuah zoo di timur China pada Ahad (29 Jan) mendakwa taman haiwan itu tidak mempunyai langkah keselamatan mencukupi dan cuai.

Akhbar South China Morning Post, yang memetik pengurusan Zoo Ningbo Youngor, berkata mangsa berusia 40 tahun itu, bernama keluarga Zhang, memanjat dua tembok setinggi tiga meter dan pagar dawai untuk mengelak membayar bayaran masuk 130 yuan ($27).

Beliau termauk kandang harimau setelah memanjat tembok kedua, selepas tidak mengendahkan tanda amaran yang diletak di sepanjang pagar dawai itu.

Rakaman keselamatan menunjukkan Zhang didekati tiga harimau dalam kandang itu, yang dipisahkan dari pengunjung oleh parit dan tembok batu.

Zhang dilihat cuba melawan harimau yang menggigit kepalanya. Haiwan itu kemudian ditembak mati selepas percubaan menakutkannya dengan mercun gagal.

Zhang dikejarkan ke hospital tetapi meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.

Isteri dan dua anaknya dikatakan membayar bayaran masuk.

Seorang saudara Zhang menyalahkan zoo itu bagi kejadian tersebut.

"Walaupun dia memanjat tembok, ia kes salah urus oleh zoo. Selagi tembok itu boleh dipanjat dengan mudah, pasti ada orang yang akan cuba mengelak membayar bayaran masuk.

"Zoo itu memikul sebahagian tanggungjawabnya," katanya. - Agensi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg