Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

May jadi PM baru Britain mulai Rabu lepas pesaing undur diri

Jul 12, 2016 | 7:31 AM
Perdana Menteri menanti Britain, Cik Theresa May, menyampaikan satu kenyataan di luar Parlimen di London pada 11 Julai. Beliau akan menjadi perdana menteri wanita kedua Britain mulai Rabu (13 Julai).
Perdana Menteri menanti Britain, Cik Theresa May, menyampaikan satu kenyataan di luar Parlimen di London pada 11 Julai. Beliau akan menjadi perdana menteri wanita kedua Britain mulai Rabu (13 Julai). - GAMBAR EPA

LONDON: Cik Theresa May akan menjadi pada Rabu (13 Jul) perdana menteri yang mengetuai Britain mengadakan rundingan Brexit, selepas pesaing tunggal beliau dalam perlumbaan untuk menggantikan Encik David Cameron menarik diri tanpa diduga.

Beliau menjadi calon tunggal bagi jawatan itu selepas Cik Andrea Leadsom, yang menghadapi kritikan kerana mencadangkan beliau lebih layak menjadi perdana menteri kerana mempunyai anak, mengunduar dirai.

Perdana Menteri Cameron kemudian mengumumkan Cik May akan mengambil alih daripada beliau pada Rabu, apabila beliau dijangka menghadap Ratu Elizabeth II untuk meletak jawatan dan mencadangkan Setiausaha Dalam Negeri May sebagai penggantinya.

"Pada Rabu, saya akan menghadiri Dewan Rakyat bagi Soalan Perdana Menteri dan kemudian selepas itu saya mengharapkan untuk pergi ke istana dan menawarkan peletakan jawatan saya jadi kita akan mempunyai perdana menteri baru di bangunan di belakang saya pada petang Rabu," katanya dalam satu kenyataan dari 10 Downing Street.

Britain menghadapi pergolakan politik paling teruk dalam beberapa generasi berikutan kejutan undi dalam pungutan suara pada 23 Jun untuk meninggalkan Kesatuan Eropah (EU), yang mendorong Encik Cameron berundur.

Pada Isnin, Cik May menyeru Britain bersatu di bawah kepimpinannya dan berjanji akan menjayakan rundingan perceraian negara ini dari Kesatuan Eropah.

Selepas menerima pengesahan rasmi beliau memenangi pertandingan kepimpinan Parti Konservatif yang memerintah ekoran pengunduran Cik Leadsom, Cik May memberitahu pemberita: "Brexit bermakna Brexit dan kita akan menjadikan ia satu keyayaan... kita perlu menyatukan negara kita."

Cik Leadsom mempunyai tiga anak sementara Cik May tidak mempunyai cahaya mata. - AFP, Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg