Topik diikuti
Pergi ke BHkuMayat bayi ditemui disumbat dalam mangkuk tandas di Sarawak
Premium
Mayat bayi ditemui disumbat dalam mangkuk tandas di Sarawak
Mayat bayi ditemui disumbat dalam mangkuk tandas di Sarawak
DITEMUI MATI: Mayat bayi berlumuran darah ditemui seorang kakitangan institusi pengajian tinggi yang mahu menggunakan tandas. Beliau kemudian menghubungi pihak berkuasa. - Foto NST -
Jan 22, 2015 | 6:13 AM
BINTULU: Mayat bayi yang sempurna sifatnya ditemui disumbat dalam mangkuk tandas di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) awam, di sini pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, mayat bayi berkenaan yang berlumuran darah ditemui oleh salah seorang kakitangan IPT itu ketika beliau mahu menggunakan tandas sebelum menghubungi pihak berkuasa, lapor Berita Harian Online semalam.
