Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mayat beku askar India ditemui di Himalaya 50 tahun selepas nahas udara

Jul 22, 2018 | 1:15 PM
Mayat itu ditemui pada ketinggian kira-kira 5,500 meter di kawasan pergunungan Himalaya yang tidak sesuai didiami di India.
Mayat itu ditemui pada ketinggian kira-kira 5,500 meter di kawasan pergunungan Himalaya yang tidak sesuai didiami di India. - Foto AFP

SHIMLA: Mayat beku seorang askar India ditemui di sekitar sebuah kawasan glasier di banjaran Himalaya oleh sekumpulan pendaki gunung pada Sabtu (21 Julai) - 50 tahun selepas beliau dan lebih 100 askar lain terbunuh dalam satu nahas pesawat.

Pasukan mendaki itu turut menjumpai beberapa cebisan bangkai pesawat Antonov An-12 buatan Soviet Union milik Tentera Udara India yang terhempas pada Februari 1968 itu.

"Kami terjumpa tangan dari mayat manusia yang terjuntai keluar dari ais. Bahagian tubuh lain dapat dilihat di dalam bongkah ais itu," kata ketua ekspedisi Rajiv Rawat. Rawat berkata mereka telah menghubungi pasukan tentera yang kemudiannya melancarkan operasi mengeluarkan mayat berkenaan. Mayat askar itu ditemui pada ketinggian 5,500 meter di banjaran Himalaya India dan yang kelima ditemui daripada nahas tersebut, selepas beberapa siri pencarian tidak berhasil sejak berpuluh tahun lalu.

Mayat terakhir ditemui dan dikenal pasti sebelum ini ialah pada 2013.

Nahas pesawat kargo itu mengorbankan 102 nyawa, termasuk 98 anggota tentera.

Pesawat itu dalam perjalanan ke Kashmir tetapi tidak dapat mendarat disebabkan cuaca buruk dan terputus hubungan di lembah Spiti di utara India.

Walaupun salji lebat dan kawasan itu tidak berbahaya, ia menjadi tapak trekking terkenal bagi pendaki tempatan dan asing. - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg