Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mayat ditemui di lokasi pencarian Nora Anne

Aug 13, 2019 | 06:57 PM



PASUKAN mencari dan menyelamat (SAR) menjumpai mayat di kawasan pencarian Nora Anne Quoirin, 15 tahun, di Gunung Berembun berhampiran sebuah resort di Pantai, Seremban, hari ini (13 Ogos).



Menurut laporan MyMetro, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop mengesahkan penemuan mayat itu pada 1.57 petang tadi.



“Kami menemui mayat wanita kulit putih. Bagaimanapun, kami tidak dapat mengesahkan lagi identiti mayat itu.



“Lokasi penemuan mayat kira-kira dua kilometer dari lokasi Nora Anne dilaporkan hilang,” katanya.



Operasi bagi mengesan Nora Anne sehingga semalam membabitkan 353 anggota, pasukan SAR terbesar setakat ini.



Nora Anne disedari hilang dari bilik penginapannya di sebuah resort di Pantai, Seremban oleh keluarganya pada 8 pagi, pada 4 Ogos lalu.



Remaja orang kurang upaya (OKU) yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarganya di Malaysia pada 3 Ogos untuk percutian dua minggu di negara itu.



Menurut laporan itu lagi, beberapa kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat masuk ke lokasi mayat itu ditemui.



Keluarga Nora juga dilihat masuk ke lokasi yang sama.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >