Topik diikuti
Pergi ke BHkuMayat pendatang reput ditemui dalam trak
Premium
Mayat pendatang reput ditemui dalam trak
Canselor Jerman anggap insiden satu amaran dan gesa Kesatuan Eropah ambil tindakan segera
Aug 29, 2015 | 5:30 AM
Mayat pendatang reput ditemui dalam trak
'TRAK MAYAT': Trak dengan nama syarikat penternak ayam Slovakia dengan nombor pendaftaran Hungary ditemui ditinggalkan di lebuh raya dekat sempadan Slovakia dan Hungary kelmarin. - Foto REUTERS -
VIENNA: Kira-kira 70 mayat pendatang sudah reput ditemui dalam sebuah trak yang ditinggalkan pada ketika operasi memburu penyeludup manusia yang bertanggungjawab terhadap tragedi terbaru dalam krisis pendatang di Eropah.
Penemuan mayat berdekatan sempadan Slovakia dan Hungary muncul selepas lebih 30 mayat pendatang lemas di Mediterranean dan pemimpin Eropah bertemu sekali lagi bagi berusaha mencari jalan mengatasi kebanjiran pendatang ke negara Kesatuan Eropah.
