Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MCA beri amaran boleh tendang Umno keluar dari BN

Sep 25, 2018 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA), Datuk Seri Liow Tiong Lai, memberi amaran bahawa Umno boleh ditendang keluar daripada gabungan Barisan Nasional (BN) jika parti itu bergerak ke arah politik teokratik (hukum agama menjadi dasar kerajaan).



Berucap pada konvensyen MCA Selangor kelmarin, Datuk Liow berkata BN mesti terus berpegang pada prinsip perpaduan budaya dan mempertahankan keharmonian kaum di Malaysia.



Beliau berkata jika Umno mengamalkan pendekatan bersifat perkauman dan keagamaan, BN sama ada akan dibubarkan atau MCA akan mengeluarkan Umno daripada gabungan tersebut.



"BN akan berpegang pada prinsip-prinsip kesederhanaan. Jika mana-mana parti komponen, termasuk Umno, bergerak ke arah perkauman, agama, teokrasi atau ekstremisme, maka mereka akan mempunyai hanya dua pilihan.



"Pilihan pertama ialah membubarkan Barisan Nasional kerana ia tidak lagi menjadi perhimpunan kaum yang harmoni. Pilihan kedua ialah menendang keluar Umno.



"Kami (MCA) ialah parti yang mengamalkan kesederhanaan. Jadi mengapa kami harus meninggalkan BN? Kenapa kami tidak boleh tendang keluar Umno?" ujarnya.



Datuk Liow berkata semasa ditanya mengenai pandangannya tentang kerjasama baru Umno dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS), bahawa MCA tidak bersetuju dengan hala tuju baru itu.



"Umno telah memberi jaminan bahawa mereka (Umno dan Parti Islam SeMalaysia (PAS)) akan bekerjasama hanya dalam isu-isu tertentu, dan tidak akan membentuk satu penggabungan.



"Saya sebenarnya telah menyatakan pendirian ini kepada Umno, bahawa kami tidak bersetuju akan sembarang pakatan atau usaha untuk mengarahkan parti itu (Umno), khususnya sebagai parti komponen BN, ke arah kaum dan agama," katanya.



Datuk Liow berkata walaupun kerjasama antara pembangkang mengenai isu tertentu boleh diterima, ia tidak seharusnya membawa kepada sembarang penggabungan rasmi.



"Kami ialah sebuah parti sederhana. Seperti yang saya katakan, BN sederhana. Jika ada kerjasama mengenai beberapa isu, maka biarkanlah. Lagi pun, kita semua adalah sebahagian daripada pembangkang," kata Datuk Liow.



BN menyaksikan parti Gerakan dan lapan parti komponen lain dari Sabah dan Sarawak keluar daripada gabungan itu berikutan kekalahannya pada pilihan raya umum ke-14 pada Mei lalu.



Gabung itu sekarang terdiri daripada Umno, MIC dan MCA, dengan status Parti Progresif Penduduk Malaysia (MyPPP) belum diketahui berikutan krisis kepimpinan dalamannya.



Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Umno dan PAS memulakan kerjasama dalam pilihan raya kecil Sungai Kandis dan Seri Setia, di mana dua parti itu berkempen bagi calon satu sama lain menentang gabungan Pakatan Harapan yang memerintah.



Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, membawa dua parti itu lebih dekat dengan menghadiri muktamar tahunan PAS di Kuala Terengganu awal bulan ini. Langkah itu dijangka dibalas oleh presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang telah menunjukkan bahawa beliau mungkin menghadiri perhimpunan agung Umno yang akan datang. - NST.




"Kami (MCA) ialah parti yang mengamalkan kesederhanaan. Jadi mengapa kami harus meninggalkan BN? Kenapa kami tidak boleh tendang keluar Umno?"
- Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >