Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MCA sokong tindakan Malaysia tuntut semula Pedra Branca: Ketua parti

Feb 06, 2017 | 11:58 AM



GENTING HIGHLANDS: Persatuan Cina Malaysia (MCA) menyokong langkah kerajaan Malaysia mencabar keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memberi kedaulatan Pedra Branca, atau Pulau Batu Puteh, kepada Singapura, kata ketua parti itu, Datuk Seri Liow Tiong Lai.



Pulau itu terletak sekitar 40km ke timur Singapura di pintu masuk timur Selat Singapura. Britain dan kemudian Singapura mengekalkan kawalan ke atas pulau itu sejak 1850-an.



Malaysia menuntut pulau itu pada sebuah peta pada 1979. Pertikaian tersebut menyaksikan dua negara itu merujuk kes tersebut kepada ICJ, yang berpangkalan di Hague, pada 2003.



ICJ memutuskan pada 2008 bahawa kedaulatan Pedra Branca adalah milik Singapura, Terumbu Karang Tengah milik Malaysia dan kedaulatan ke atas South Ledge milik pemerintah negara di perairan wilayah tempat pulau itu terletak.



Malaysia memetik tiga dokumen yang status kerahsiaannya diubah oleh Britain baru-baru ini untuk menyokong permohonannya bagi semakan keputusan ICJ itu.



Datuk Seri Liow, yang juga Menteri Pengangkutan, berkata pada Sabtu (4 Feb) bahawa harapan rakyat Malaysia ialah melihat pulau-pulau itu kembali kepada negara mereka.



"Bukti baru akan datang untuk menunjukkan bahawa Pulau Batu Puteh milik Malaysia dan kami mahu menuntut kembali pulau kami," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina tahunan Kumpulan Genting di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting.



ICJ dalam satu kenyataan akhbar pada Jumaat (3 Feb) berkata Malaysia menamakan tiga dokumen yang status kerahsiaannya diubah oleh Britain baru-baru ini bagi menyokong permohonannya.



Dokumen itu ialah surat-menyurat dalaman pihak berkuasa penjajah Singapura pada 1958, laporan satu insiden yang difailkan pada 1958 oleh seorang pegawai tentera laut British, dan peta beranotasi (mempunyai nota penerangan) mengenai operasi tentera laut dari 1960-an.



Dokumen-dokumen itu ditemui di Arkib Negara UK antara 4 Ogos 2016 dan 30 Jan 2017, tambah kenyataan akhbar ICJ itu.



Jurucakap Kementerian Ehwal Luar Singapura berkata pada Jumaat ia sedang mengkaji permohonan dan dokumentasi Malaysia dengan teliti, dan telah membentuk sebuah pasukan undang-undang untuk respons kepadanya. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >