Topik diikuti
Pergi ke BHkuMcMaster Penasihat Keselamatan baru AS
Feb 22, 2017 | 5:30 AM
McMaster Penasihat Keselamatan baru AS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memilih jeneral tentera H.R. McMaster, 54 tahun, sebagai penasihat keselamatannya semalam dan berharap pilihannya kali ini tepat bagi jawatan itu.
Encik Trump mengumumkan pelantikan pakar strategi antipengganas itu di hartanah miliknya Mar-a-Lago di Florida, menamatkan pencarian seminggu bagi menggantikan pilihan utamanya, Encik Michael Flynn, yang hanya bertahan selama sebulan.