Malaysia telah mencatatkan 869 kes jangkitan koronavirus baru pada Sabtu (17 Oktober), iaitu jumlah tertinggi dalam sehari.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan di negara itu kepada 19,627 kes, menurut laporan laman web astroawani.com
Empat kematian baru juga dilaporkan, membawa jumlah kematian keseluruhan kepada 180 kematian.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam satu sidang media tadi bahawa kesemua kes baru merupakan kes penularan dalam negara.
"Daripada 869 kes penularan dalam negara, 745 adalah kes melibatkan warga manakala 124 kes bukan warganegara," katanya.
Menurut Dr Noor Hisham, Sabah kekal sebagai negeri yang mencatatkan jumlah kes jangkitan tertinggi, sebanyak 451 kes.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg