Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mead Johnson akan menggantikan produk berikutan laporan susu tepung bayi palsu di Johor

Dec 16, 2017 | 03:34 PM



PETALING JAYA: Mead Johnson Nutrition (MJN) Malaysia menasihatkan pengguna dan penjual seluruh negara untuk mengembalikan kotak-kotak susu tepung bayi Enfalac A+ Step 1 untuk diganti dengan serta merta, menyusuli laporan berita mengenai susu tepung palsu di Johor. 



Program penggantian itu, yang melibatkan kotak-kotak seberat 1.8 kilogram yang mengandungi tiga paket susu tepung, dilangsungkan selepas siasatan oleh pihak berkuasa, yang mengenal pasti peratusan kecil susus tepung bayi palsu di beberapa kedai runcit di Johor Baru. 



Dalam satu kenyataan, Mead Johnson berkata ia sedang memperluaskan sokongan pelanggan sedia ada dengan Program Penggantian Produk yang diadakan secara sukarela yang bermula semalam. 



“Matlamat program ini adalah untuk menghapuskan semua karton susu palsu di pasaran dan meyakinkan pengguna bahawa mereka membeli produk MJN yang bermutu tinggi dan selamat,” katanya. 



“MJN akan mengumpulkan kesemua stok sedia ada produk yang disasarkan ini dari cawangan runcit dan menukarnya dengan produk lain, selaras dengan mekanik program ini, yang sedang disampaikan kepada peruncit.



“Syarikat kami juga telah menubuhkan talian Program Penggantian Produk bagi pengguna yang telah membeli produk yang disasarkan- sama ada sudah dibuka atau belum. 



 “Pengguna boleh menghubungi 1-800-88-3585 (Isnin hingga Ahad, 9 pagi hingga 11 malam) atau isi borang di www.enfagrow.com.my untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai arahan pengembalian dan penggantian produk,” katanya. 



Syarikat tersebut juga berkata bahawa menggunakan maklumat yang diberikan, pihak berkuasa mengesahkan bahawa mereka kini sedang menjalankan siasatan terhadap kes pemalsuan ini, untuk menghapuskannya dan mencari mereka yang bersalah.- The Star/Asia News Network 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >