Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Meghan Markle dibaptis

Mar 10, 2018 | 2:44 PM
FOTO: AFP
FOTO: AFP -

LONDON: Pelakon Amerika Syarikat (AS) Meghan Markle dibaptis oleh pemimpin Gereja England sebelum perkahwinannya dengan Putera Harry Mei ini, lapor akhbar Daily Mail baru-baru ini.

Akhbar itu berkata, Ketua Biskop Canterbury, Justin Welby menjalankan upacara selama 45 minit di Gereja Diraja London Selasa lalu dihadiri Putera Charles.

Pejabat Istana Kensington Putera Harry bagaimanapun enggan mengulas.

Difahamkan, Markle, 36 tahun, memilih untuk dibaptis dan disahkan menganggotai gereja Anglican kerana menghormati peranan Ratu Elizabeth II sebagai ketua gereja berkenaan.

Menurut akhbar, pasangan itu akan melangsungkan perkahwinan 19 Mei ini di Gereja St George di Istana Windsor, kediaman Ratu Elizabeth II terletak di barat ibu kota ini.

Bapa Markle adalah anggota Episcopalian, cawangan gereja Anglican di AS, sementara ibunya seorang Protestant.

Bagaimanapun Markle sendiri memilih fahaman Roman Katolik ketika bersekolah tinggi di Los Angeles. -AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg