Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Meghan Markle lancar buku masakan Grenfell

Sep 18, 2018 | 5:19 PM
BERI SOKONGAN: Meghan memasak bersama sekumpulan wanita di dapur Pusat Warisan Budaya Muslim Al Manaar di London Barat selepas kejadian kebakaran di Grenfell Tower.
BERI SOKONGAN: Meghan memasak bersama sekumpulan wanita di dapur Pusat Warisan Budaya Muslim Al Manaar di London Barat selepas kejadian kebakaran di Grenfell Tower. - Foto AFP PHOTO / KENSINGTON PALACE / JENNY ZARINS

LONDON: Isteri Putera Harry, Meghan Markle, telah melancarkan satu buku masakan baru-baru ini sebagai sebahagian projek amal solo pertamanya, dengan sokongan keluarga yang terjejas akibat kebakaran di Grenfell Tower di London tahun lalu.

Meghan yang juga merupakan Duchess Sussex juga telah menulis prakata buku koleksi resipi yang dinamakan Together: Our Community Cookbook itu.

Buku itu dihasilkan bersama wanita yang menderita akibat kebakaran itu.

Grenfell Tower, sebuah bangunan kediaman 24 tingkat di barat London, terbakar pada Jun 2017, sehingga menyebabkan lebih 70 orang terkorban dan ramai cedera.

Menyusuli kejadian itu, ramai penduduk yang terjejas juga terpaksa tinggal di penginapan sementara, dengan kaum wanita yang terjejas menggunakan dapur di sebuah pusat budaya Muslim tempatan untuk menyediakan makanan bagi keluarga mereka.

Meghan telah berkunjung ke dapur itu beberapa kali dan membantu menghasilkan buku tersebut.

Buku itu memaparkan lebih 50 resipi dari Eropah, Timur Tengah, Afrika Utara dan Mediterranean Timur. -AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg