Premium
Melaka, Johor antara 4 negeri M'sia dilanda bah
Aug 17, 2017 | 5:30 AM
KUALA LUMPUR: Hujan lebat sejak seminggu lalu menyebabkan beberapa negeri di Malaysia, seperti Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak, dilanda banjir kilat.
Di Melaka, bilangan mangsa banjir di dua daerah, Alor Gajah dan Jasin, meningkat daripada 522 kepada 659 orang, lapor Berita Harian Online semalam.

