SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Melaka lantik Ketua Menteri baru

Melaka lantik Ketua Menteri baru

Mar 31, 2023 | 5:10 PM

Melaka lantik Ketua Menteri baru

DILANTIK: Pengerusi Umno Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (dua dari kiri) menghadiri majlis berbuka puasa bersama pemimpin masyarakat peringkat Parlimen Masjid Tanah 2023 di Masjid Jannatul Bahri, Tanjung Bidara, pada Khamis, yang turut dihadiri Datuk Seri Sulaiman Md Ali (tiga dari kiri). Gambar dirakam sebelum Datuk Seri Ab Rauf dilantik Ketua Menteri Melaka. - Foto Facebook DATUK SERI AB RAUF YUSOH
DILANTIK: Pengerusi Umno Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (dua dari kiri) menghadiri majlis berbuka puasa bersama pemimpin masyarakat peringkat Parlimen Masjid Tanah 2023 di Masjid Jannatul Bahri, Tanjung Bidara, pada Khamis, yang turut dihadiri Datuk Seri Sulaiman Md Ali (tiga dari kiri). Gambar dirakam sebelum Datuk Seri Ab Rauf dilantik Ketua Menteri Melaka. - Foto Facebook DATUK SERI AB RAUF YUSOH -

MELAKA: Perkembangan politik Melaka kembali menjadi tumpuan setelah Pengerusi Umno Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka yang baru pada Jumaat. Ia susulan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, sebagai Ketua Menteri ke-12, pada Rabu, dan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, telah menerima surat peletakan jawatan itu. Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka diadakan pada Jumaat. Isu pertukaran pemimpin negeri Melaka mula hangat beberapa bulan selepas kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) itu yang diadakan pada 20 November 2021. Datuk Seri Sulaiman Md Ali meletakkan jawatan atas sebab kesihatan, namun spekulasi mengenai jawatan Ketua Menteri itu sudah bertiup kencang sejak tahun 2021 lagi. Menurut pengamat, Melaka bakal menjadi titik tolak Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri dan dijangka boleh diaplikasikan di negeri-negeri lain. - Agensi berita.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg