Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

COVID-19 DI SERATA DUNIA

Melaka, Tioman dan Genting Highlands dibuka kepada pelancong

Sep 23, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Tiga destinasi pelancongan iaitu Melaka, Pulau Tioman dan Genting Highlands bakal dibuka kepada pelancong tempatan bermula 1 Oktober ini.



Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Menteri Kuartet selepas melihat perkembangan positif Projek Rintis Gelembung Pelancongan di Pulau Langkawi.



Katanya, keputusan itu akan dibawa ke Jawatankuasa Pengurusan Covid-19 yang akan dipengerusikan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.



"Dalam tempoh dua minggu, destinasi ini akan bersiap sedia untuk beroperasi semula.



"Kementerian bersama Jawatankuasa Khas akan memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas esok membabitkan ujian saringan memandangkan Melaka agak besar.



"Kementerian juga akan membentangkan tambahan destinasi pelancongan lain yang bukan hanya tertumpu di pulau tetapi di tanah besar," katanya dalam sidang media di Parlimen kelmarin.



"Jika ia dipersetujui, tiga kawasan itu akan mula dibenarkan untuk beroperasi mulai 1 Oktober termasuk memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditetapkan," kata Datuk Seri Nancy pada sidang akhbar di Parlimen.



Datuk Seri Nancy berkata, selain tiga kawasan tersebut, beberapa kawasan pelancongan lain akan diumumkan kemudian.



Kerajaan Malaysia bersetuju membuka sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program 'gelembung perjalanan' tertakluk syarat-syarat ditetapkan.



Sebagai permulaan, Pulau Langkawi dipilih sebagai projek rintis untuk dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 September lalu.



Sejak projek rintis itu bermula 16 hingga 19 September lalu, seramai 6,662 pelancong memasuki pulau itu melalui penerbangan, manakala 3,483 lagi menggunakan feri.



Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kementeriannya sudah mengemukakan cadangan kepada kerajaan agar membuka stadium bola sepak dan sukan lain kepada orang awam.



Beliau berkata, pembukaan itu kelak akan merancakkan semula aktiviti sukan di dalam negara.



"Kementerian akan berusaha untuk membuka lebih banyak lagi aktiviti sukan seperti gimnasium dan boling baru-baru ini.



"Apa yang penting pembukaan sektor sukan lebih banyak ini perlu datang dengan tanggungjawab terhadap SOP oleh semua lapisan masyarakat," katanya.



Datuk Seri Ahmad Faizal memaklumkan pada mesyuarat tersebut, beliau telah mencadangkan aktiviti pembukaan stadium kepada penonton bagi kejohanan sukan seperti bola sepak dan sukan lain yang sesuai.



"Ia juga bagi meraikan Piala Malaysia yang akan bermula tidak lama lagi, segala SOP akan diperhalusi dan ini mesti dipatuhi selaras dengan konsep 'pembukaan selamat," katanya.



Jumaat lepas, aktiviti pembukaan gimnasium dan pusat boling, telah dibenarkan di negeri Fasa Dua dan seterusnya di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan SOP ketat.



Ia termasuk mematuhi garis panduan ventilasi yang telah ditetapkan memandangkan gimnasium merupakan kawasan tertutup, sekali gus meningkatkan risiko jangkitan Covid-19. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >