Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Melbourne laksana sekatan Covid-19 baru lepas pekerja hotel Terbuka Australia positif

Feb 05, 2021 | 05:30 AM



SYDNEY: Bandar kedua terpadat di Australia melaksana semula sekatan koronavirus mulai semalam, berikutan seorang pekerja hotel kuarantin kejuaraan tenis Terbuka Australia (AO) diuji positif bagi Covid-19, menyebabkan lebih 500 pemain dan pegawai tenis perlu mengasingkan diri.



Melbourne kembali mewajibkan pemakaian pelitup dalam bangunan dan menetapkan had perhimpunan seramai 15 orang setelah tempoh tanpa sebarang jangkitan tempatan selama 28 hari di bandar itu berakhir.



Permainan di enam acara prakejohanan Grand Slam di Melbourne Park, yang dijangka bermula 8 Februari, terjejas teruk, dengan penganjur Tenis Australia membatalkan semua perlawanan semalam.



Kes positif melibatkan pekerja Hotel Grand Hyatt itu diumumkan dalam satu sidang media lewat malam kelmarin tetapi ia akan diambil kira dalam jumlah kes semalam.



Namun, sebagai tanda menggembirakan wabak itu mungkin boleh dikawal, ujian pusingan awal yang dijalankan, selepas pekerja itu dijangkiti, ke atas kakitangan lain menunjukkan hssil negatif, kata Perdana Menteri Victoria, Encik Daniel Andrews, kepada wartawan.



Grand Hyatt adalah salah satu daripada tiga hotel kuarantin utama yang digunakan pemain dan pegawai yang tiba di Melbourne bagi Terbuka Australia.



Seramai 1,200 pemain, kakitangan, jurulatih dan pegawai tiba di Australia pada pertengahan bulan lalu dan menjalani tempoh mengasingkan diri yang wajib selama 14 hari.



Kebanyakan pemain tamat menjalani kuarantin sekitar dua minggu lalu.



Dalam sidang media semalam, Encik Andrews berkata Terbuka Australia dijangka berlangsung, meskipun beliau menambah bahawa itu "tiada jaminan".



"Pada tahap ini, tenis tidak seharusnya terjejas oleh (perkara) ini. Perkara ini boleh berubah. Setiap penduduk Victoria tahu bahawa ini adalah waktu-waktu tidak menentu," katanya.



Kabinet nasional Australia dijangka bertemu hari ini, semantara penggubal undang-undang akan berbincang apakah program kuarantin hotel harus dipindahkan ke kawasan wilayah menyusuli kes baru jangkitan dalam masyarakat melalui virus dari hotel.



Negara itu melaporkan lebih 22,000 kes Covid-19 tempatan dan 909 kematian sejak Mac 2020.



Australia termasuk dalam ranking 10 negara terbaik dalam indeks prestasi menangani pandemik itu dengan berjaya.



Bandar New South Wales dan Queensland melaporkan sifar kes baru, sementara Australia Barat kini ditutup selama lima hari setelah satu kes positif dikesan Ahad lalu. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >