Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menangani perbezaan semasa menentukan tarikh 1 Syawal

Apr 20, 2023 | 05:30 AM



BULAN Ramadan, yang jatuh pada bulan kesembilan dalam kalendar Islam, hampir tiba ke penghujungnya.



Umat Islam di seluruh dunia sedang membuat persiapan untuk menyambut Aidilfitri, yang biasa disebut oleh masyarakat Melayu sebagai Hari Raya (hari kebesaran) atau rakyat Indonesia menyebutnya sebagai Lebaran (berakhirnya puasa).



Sepanjang bulan Ramadan, umat Islam mengerjakan ibadah wajib berpuasa, dan ramai yang merebut peluang untuk mendapatkan restu dan keredaan Allah yang maha kuasa.



Hari Raya, iaitu hari pertama bagi bulan Syawal, menandakan berakhirnya Ramadan.



Walaupun dalam bulan Ramadan biasanya keadaan tenang di Asia Tenggara, namun untuk memutuskan hari Aidilfitri, kadangkala mencetuskan tengkarah.



Keadaan ini sering berlaku di Indonesia, terutama antara para pengikut pertubuhan Islam Nahdlatul Ulama (NU), yang tradisionalis dengan saingan utamanya, pertubuhan Muhammadiyah, yang moden dan lain-lain kumpulan Sufi.



Pernah beberapa kali, para pengikut NU dan Muhammadiyah menyambut Hari Raya pada tanggal berlainan - biasanya berselisih sehari - mengakibatkan terjadinya perdebatan di antara kedua kumpulan itu.



Bagaimanapun, selain Indonesia, negara-negara Asean yang mempunyai ramai penduduk Islam, secara umumnya menyambut Hari Raya pada hari yang sama.



Kecuali pada tahun 2022: Singapura menyambut Hari Raya sehari selepas Brunei, Indonesia dan Malaysia, dan mencetuskan sedikit kekecohan di kalangan penduduk Melayu/Islam tempatan.



Kali terakhir Singapura dan Malaysia menyambut Hari Raya pada tanggal yang berlainan adalah pada tahun 1971.



Mana mungkin bulan yang sama memberi dua kesimpulan yang berbeza bagi menentukan Hari Raya?



Ini adalah kerana piawaian yang digunakan oleh pihak berkuasa agama yang berbeza.



Bagi negara seperti Singapura, kaedah melihat anak bulan merupakan satu cabaran.



Kerana itu, ia menggunakan kaedah rukyah.



Islam tidak menganggap kaedah Singapura itu mencemarkan nama baik.



Tanpa melalui konsep yang sangat teknikal, perbezaan dalam menentukan Hari Raya tergantung kepada perbezaan formula rukyah yang digunakan bagi melihat anak bulan.



Terdapat juga penguasa agama mengamalkan kaedah tradisional melihat anak bulan, sementara yang lain hanya menggunakan kaedah rukyah, dan kebanyakannya menggunakan kedua-dua kaedah itu.



Tetapi menggunakan formula rukyah sahaja tidak menyelesaikan perbezaan itu kerana formula itu dinilai semula dari masa ke semasa dan bergantung kepada pendapat tertentu yang arif masa lalu.



Tahun 2023 ini, penentuan Hari Raya di rantau ini berkemungkinan mencetuskan perbalahan sekali lagi.



Di Singapura, Hari Raya telah ditetapkan jatuh pada 22 April dan merupakan hari cuti umum.



Sementara penguasa agama di Brunei, Malaysia dan Indonesia belum lagi membuat sebarang perisytiharan.



Pertubuhan Muhammadiyah telah memutuskan bahawa Hari Raya jatuh pada 21 April.



Semasa mengisytiharkannya, Pengerusi Muhammadiyah, Encik Haedar Nashir, mengingatkan para pengikutnya supaya menghargai dan menghormati perbezaan pendapat.



Besar kemungkinan, Malaysia akan meraikan Hari Raya sehari lebih awal dari Singapura, walaupun JAKIM segera menyifatkannya sebagai maklumat yang salah.



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggesa umat Islam di Malaysia supaya yakin kepada proses yang dilaksanakan.



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) segera mengingatkan umat Islam di Singapura bahawa sesebuah negara tidak semestinya ikut apa yang diputuskan oleh negara lain dalam menentukan Hari Raya.



Ketiadaan penyelarasan bagi penentuan Hari Raya di rantau ini terkait rapat dengan geografi dan masyarakat, mempunyai implikasi agama dan sekular yang mendalam.



Umat Islam diharamkan berpuasa pada hari pertama Hari Raya (1 Syawal) kerana Aidilfitri itu adalah bagi merayakan kemenangan setelah selesai berpuasa di bulan Ramadan.



Solat berjemaah di masjid pada pagi Syawal amat dianjurkan, tetapi berpuasa pada 1 Syawal adalah berdosa.



Bersetuju tentang bila tarikh yang tepat adalah isu yang serius dan boleh mengelirukan ramai orang.



Dari perspektif sekular, menukar tanggal hari cuti umum juga mengelirukan dan malah menimbulkan masalah.



Negara-negara yang bergantung kepada kaedah melihat anak bulan mesti sanggup bertolak ansur tentang menukar hari cuti umum pada saat-saat akhir.



Ini pernah berlaku di Singapura pada 1971 apabila Mufti mengisytiharkan bahawa anak bulan tidak kelihatan dan Hari Raya jatuh pada sehari kemudian daripada Malaysia.



Oleh kerana hari cuti umum sudah ditetapkan lebih awal, masyarakat Islam Singapura harus pergi bekerja pada Hari Raya kerana hari itu adalah hari bekerja.



Jika tanggal Hari Raya sudah ditetapkan lebih awal, keluarga boleh memulakan persiapan dan merancang cuti masing-masing lebih awal.



Ada pengajaran yang boleh diambil walaupun terdapat perbezaan pendapat tentang tarikh Hari Raya.



Apa jua pun, rakyat Indonesia telah memahami bahawa perbezaan ini timbul dari semasa ke semasa; dan pengikut NU dan Muhammadiyah telah belajar untuk hidup dan melaluinya.



Kesimpulannya, terserah kepada umat Islam untuk memutuskannya.



Setiap negara di Asia Tenggara mempunyai penguasa agama yang rasmi, yang memutuskan tanggal hari kebesaran yang penting ini.



Sebahagian besar rakyat menghormati keputusan yang diambil dan menuruti pihak berkuasa.



Mereka yang tidak bersetuju biasanya berbuat demikian, tetapi dengan cara yang sopan.



Tiada polis agama yang boleh menangkap mereka dan dipenjara gara-gara menyambut Hari Raya sehari lebih awal atau sehari kemudian.



Bagaimanapun, mereka tidak harus menghasut dan menyebarkan kebencian terhadap kumpulan yang tidak sependapat dengan pilihan mereka.



Mereka juga mesti menghormati perisytiharan yang dibuat oleh pemerintah tentang hari cuti umum yang juga melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.



Walaupun terdapat perbezaan tentang penentuan hari perayaan itu, umat Islam harus menghayati bulan suci Ramadan dan Aidilfitri; memikirkan tentang mereka yang kurang berkemampuan, menyemai sikap kemanusiaan, bersilaturahmi dan memupuk hubungan kekeluargaan yang teguh.



Umat Islam harus saling menghormati apabila ada perbezaan dan bertanggungjawab terhadap Yang Maha Kuasa.



Taat beragama juga bererti menjadi rakyat yang baik di negara sekular dan menghormati hak mereka yang mempunyai pendapat yang berbeza.



  • Penulis ialah Zamil Kanan dan Penyelaras bagi Program Pengajian Budaya dan Sosial Serantau, Iseas-Institut Yusof Ishak.Artikel ini kali pertama disiarkan di laman Fulcrum, Iseas.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >