Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Menghina Speaker Parlimen, Lim Kit Siang digantung enam bulan

Oct 22, 2015 | 03:16 PM

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul menggantung perkhidmatan anggota parlimen Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) selama enam bulan berikutan kenyataannya yang menghina Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Usul yang dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman, itu diluluskan menerusi undi belah bahagian dengan 107 menyokong manakala 77 menentang sebelum persidangan berhenti rehat.

Selepas keputusan pengundian usul tersebut diumumkan, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee, yang mempengerusikan persidangan mengarahkan Encik Lim meninggalkan persidangan.

Usul tersebut merujuk kepada kenyataan Encik Lim semasa perbahasan usul pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) apabila wakil rakyat veteran itu mendakwa Yang Dipertua Dewan Rakyat telah menyalahgunakan kuasa kerana mengarahkan penangguhan mesyuarat PAC sebelum ini.

Tan Sri Pandikar sebelum ini menuntut Encik Lim meminta maaf tanpa syarat kerana menuduh beliau menyalahgunakan kuasa dan cuba mensabotaj siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sekiranya Encik Lim gagal memohon maaf dan menarik balik kenya- taannya itu, ia disifatkan sebagai penghinaan terhadap Yang Dipertua Dewan Rakyat. - Utusan Online

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3