Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Menilai prestasi 100 hari kerajaan M'sia

Mar 14, 2023 | 05:30 AM



PRESTASI Kerajaan Perpaduan juga dikenali sebagai Kerajaan Madani Malaysia yang diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diketahui umum pada Selasa apabila genap 100 hari kerajaan ditubuhkan.



Perdana Menteri ke-10, Datuk Anwar semasa ini menjadi tokoh pilihan rakyat dengan kadar penerimaan 68 peratus berdasarkan kaji selidik yang dijalankan firma tinjauan pendapat awam, Merdeka Center.



Beliau popular dalam kalangan 91 peratus daripada responden berbangsa India, Cina (73 peratus), Sabah, Sarawak dan Bumiputera (70 peratus) dan Melayu (60 peratus).



Bagaimanapun, adakah dapatan kaji selidik tersebut boleh diterima pakai bagi menilai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) pemerintah Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Warisan yang membentuk Kerajaan Perpaduan.



Pembangkang terutamanya mempertikaikan dapatan tersebut dan mendakwa pemerintah sekarang masih gagal menyelesaikan masalah kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat jelata.



Malah saban hari Perikatan Nasional (PN), pembangkang utama, mempersoalkan dasar ekonomi dan sosial pemerintah yang dilihat masih dalam bentuk retorik, bukannya mencari jalan penyelesaian kepada masalah harian yang dihadapi rakyat.



Apa yang didakwa oleh PN itu ada kebenaran atau tidak, perlu dilihat apa yang sudah dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan sejak hampir tiga bulan lepas.



Ataupun PN hanya mahu mewujudkan naratif negatif ke atas pemerintah yang didukung oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) bagi menutup kelemahan mereka menjadi pembangkang yang efektif dan berwawasan.



TANGANI KOS SARA HIDUP



Sebaik saja dilantik sebagai PM10, Datuk Anwar terus menangani masalah kos sara hidup yang semakin meningkat sekali gus gelisahkan rakyat jelata.



Beliau memberi dua minggu kepada Ketua Setiausaha Negara dan jawatankuasanya dengan langkah jitu bagi menangani masalah tersebut.



Apakah rungutan ramai semasa itu?



Rakyat mengeluh kekurangan bekalan telur, harga ayam segar yang tidak stabil dan sayuran yang agak mahal di luar kemampuan golongan B40.



Sebenarnya, rentetan masalah itu kesinambungan daripada kegagalan pemerintah yang sebelum itu menanganinya kerana masing-masing sibuk dengan kelangsungan politik termasuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.



Berikutan itu, tanggungjawab mengatasi masalah yang membebani rakyat itu dipikul oleh Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahudin Ayob.



Bagi Datuk Mohamad, beliau terus turun padang menemui penternak ayam dan telur selain pengeluar makanan haiwan; dan hasilnya hari ini bekalan dan harga telur dan ayam dapat distabilkan malah tidak memerlukan pemerintah menghentikan eksport ayam yang dibuat oleh pemerintah sebelum ini.



Bagi mengatasi kos sara hidup dalam tempoh pendek ini, Datuk Salahudin memperkenalkan Menu Rahmah, sajian makanan yang dijual pada harga di bawah RM5 ($1.51) untuk semua lapisan masyarakat yang kurang kemampuan.



Sajian murah ini mendapat sambutan hebat daripada penjual dan orang ramai sehinggakan restoran makanan segera popular seperti KFC dan McDonalds juga turut bersama menyediakan menu tersebut.



Selain itu, masalah kemiskinan dalam kalangan rakyat bandar dan luar bandar masih menjadi isu utama yang perlu jalan penyelesaian lebih-lebih lagi ia menjadi parah kesan daripada pandemik Covid-19.



Oleh itu, Kementerian Ekonomi yang diterajui Encik Rafizi Ramli memperkenalkan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) bagi menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan bagi membolehkan golongan miskin tegar keluar daripada garis kemiskinan.



Sasaran itu berdasarkan kajian yang dilaksanakan pihaknya berasaskan garis kemiskinan tegar yang ditetapkan pada RM1,900.



IPR bertujuan meningkatkan pendapatan golongan miskin tegar, miskin dan B40 untuk menjana pendapatan membabitkan kerjasama kerajaan, rakyat dan rakan strategik.



IPR membabitkan tiga model iaitu Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN).



Sejak IPR dilancarkan pada 26 Februari lalu, seramai 22,319 pengguna sah telah mendaftar di laman sesawang rasmi ipr.epu.gov.my. Kira-kira 52 peratus daripada pendaftaran adalah untuk INSAN, 29 peratus untuk INTAN, 19 peratus untuk IKHSAN, dan sebanyak 376 untuk off-takers.



MENARIK PELABURAN



Langkah dan inisiatif yang dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan itu setakat ini belum memuaskan hati pengkritik, misalnya mantan PM7, Tun Dr Mahathir Mohamad secara terbuka mendakwa Datuk Anwar gagal sebagai PM, dan tiada sebarang usaha dilakukan dalam tempoh tiga bulan bagi membawa keluar negara daripada masalah ekonomi dan kestabilan politik.



Apa yang didakwa oleh Dr Mahathir itu perlu diteliti kebenarannya melalui yang apa telah dilakukan oleh kerajaan sejak tiga bulan lepas terutama PM10.



Untuk mengatakan tiada apa yang dilakukan oleh kerajaan agak keterlaluan kerana PM10 sendiri yang mempunyai pertalian rapat dengan pemimpin negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand dan Filipina yang sedia membantu Malaysia dari pelaburan dan kerjasama ekonomi.



Singapura misalnya, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berjaya meraih komitmen pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak RM13 bilion daripada tiga pelabur dari negara itu.



Brunei pula melalui Brunei Investment Agency (BIA) berhasrat untuk melabur dalam pelbagai sektor ekonomi berpotensi tinggi di Malaysia.



Indonesia, Thailand dan Filipina pula masing-masing akan meneruskan komitmen mengadakan kerjasama ekonomi dengan Malaysia hasil keyakinan dengan kepimpinan baru negara.



Begitu juga dengan keyakinan dua syarikat gergasi daripada Amerika Syarikat (AS), iaitu Platform awan Amazon labur AS$6 bilion ($8.06 bilion) di Malaysia menjelang 2037 manakala Tesla akan membuka sebuah ibu pejabat di Malaysia, memperkenalkan Pusat Pengalaman dan Pusat Servis Tesla serta mewujudkan rangkaian pengecas Supercharger di Malaysia.



Pelaburan dua syarikat utama, Tesla dan Amazon Web Services (AWS) dijangka membawa limpahan ekonomi kepada negara sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti tinggi.



PRESTASI GAGAL ATAU LULUS



Selalunya prestasi 100 hari sesebuah pemerintah baru dinilai berdasarkan janji dalam manifesto yang berjaya ditunai.



Kali ini, Kerajaan Perpaduan yang dianggotai berbagai parti dan manifesto tidak boleh lagi dinilai berdasarkan kepada manifesto pilihan raya lepas.



Apa yang penting apa yang sudah dilakukan oleh kerajaan dalam tempoh 100 hari lepas. Berdasarkan kepada kemajuan yang dapat lihat dan dirasai oleh rakyat semasa ini, bolehkah untuk mengatakan Kerajaan Perpaduan lulus dalam ujian itu?



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >