Topik diikuti
Pergi ke BHkuUjian pertama Anwar kembali ke politik, buka jalan jadi PM ke-8 M'sia
Ujian pertama Anwar kembali ke politik, buka jalan jadi PM ke-8 M'sia
Perlu dapat sokongan besar pengundi sebagai 'mandat' jadi PM
Ujian pertama Anwar kembali ke politik, buka jalan jadi PM ke-8 M'sia
GIAT BERKEMPEN: Datuk Anwar (dua dari kiri) sedang menjalankan kempennya menemui penduduk di kawasan Pasar Tani Batu 4, Bagan Pinang, Port Dickson. - Foto TWITTER -
Oct 13, 2018 | 5:30 AM
PORT DICKSON: Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadapi ujian pertama untuk kembali ke arena politik negara esok, dalam pilihan raya kecil yang akan membuka jalan untuknya menjadi perdana menteri, seperti yang dijanjikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kempen pilihan raya kecil Port Dickson yang melabuhkan tirainya semalam dengan sokongan pengundi Melayu dilihat terarah pada dua calon - Pakatan Harapan (Harapan), Datuk Anwar, dan calon bebas, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
