Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menlu Asean sepakat huraian dua negara terbaik bagi Israel-Palestin

Jan 29, 2024 | 07:52 PM



LUANG PRABANG (Laos): Perbincangan “sensitif tetapi ikhlas dan terus terang” berkenaan konflik di Gaza telah diadakan dalam kalangan menteri luar dalam Rahat Menteri Ehwal Luar Asean di Laos.


Demikian dinyatakan Menteri Ehwal Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, kepada wartawan selepas tamat mesyuarat itu pada 29 Januari.

Beliau berkata, walaupun terdapat beberapa perbezaan perspektif dalam kalangan negara Asean mengenai konflik Israel-Hamas, mereka bersetuju mengenai keperluan mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa, menolak keganasan dan mengelakkan kecederaan orang awam yang tidak bersalah – apa jua alasannya – dan juga untuk Hamas membebaskan tebusan tanpa syarat.

Dr Vivian, lapor The Straits Times, berkata: “Perkara penting yang lain adalah kami semua bersetuju satu-satunya jalan ke hadapan adalah penyelesaian dua negara yang dirundingkan, yang mesti datang daripada perbincangan jujur demi kebaikan di meja (perbincangan), dengan niat rundingan baik antara Israel dengan Palestin.”


Asas persetujuan sedemikian “mengukuhkan lagi perpaduan Asean terhadap konsensus mengenai perkara-perkara penting”, katanya.

Rahat itu juga menyaksikan pegawai kanan junta tentera Myanmar – setiausaha tetap kementerian luar di bawah kawalan junta, Cik Marlar Than Htaik – menghadiri mesyuarat tersebut.

Junta tentera Myanmar dihalang daripada menghantar wakil ke mesyuarat peringkat tinggi Asean sejak rampasan kuasa pada 2021.

Sebelum ini, kerusi Myanmar telah dibiarkan kosong semasa mesyuarat pemimpin Asean dan menteri luar kerana junta menganggap perwakilan peringkat bawahan yang dikenakan oleh Asean sebagai satu penghinaan.

Laos, yang mempengerusikan Asean bagi 2024, menyatakan ini tanda kecil tetapi satu tanda positif.

Sungguhpun demikian, ia memberi amaran bahawa penyelesaian kepada krisis Myanmar kekal sebagai satu prospek yang jauh.

Menteri Luar Laos, Encik Saleumxay Kommasith, berkata kepada wartawan selepas mesyuarat itu: “Kami berasa optimis sedikit bahawa perbincangan (dengan Myanmar) mungkin berjaya, walaupun kami perlu akui bahawa keadaan yang berlaku di Myanmar tidak akan selesai dalam sekelip mata.”

Dr Vivian menyifatkan perbincangan itu sebagai “mesra, terus-terang, membina”, dan berkata ia tertumpu ke arah memastikan saluran perbincangan kekal terbuka dengan semua pihak untuk bantu mewujudkan keamanan di Myanmar.

Namun, beliau memberi amaran bahawa penyertaan Cik Marlar adalah “semata-mata bagi memenuhi” jemputan Asean sejak rampasan kuasa agar Myanmar menghantar wakil bukan politik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >