Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA BATAL KONTRAK KAPAL SELAM

Menlu Perancis: Australia tikam belakang, robek kepercayaan

Presiden Macron panggil balik duta besar dari Amerika Syarikat, Australia
Sep 19, 2021 | 05:30 AM



PARIS: Kemesraan hubungan antara Perancis dengan dua sekutu rapatnya - Amerika Syarikat dan Australia - terus lenyap dan kini memasuki era 'dingin' dalam suasana yang tegang setelah negara itu memanggil pulang kedua-dua dutanya sebagai membantah tindakan Australia membatalkan kontrak projek kapal selam dengan tidak semena-mena.



Tindakan keras Perancis yang belum pernah dilakukannya sebelum ini menunjukkan negara itu amat berang dengan tindakan kedua-dua negara sekutu terbabit membelakangkannya.



Menteri Luar Perancis, Encik Jean-Yves Le Drian berkata, Presiden Emmanuel Macron mengarahkan duta negara itu pulang selepas Canberra membatalkan perjanjian pembelian kapal selam Perancis dan sebaliknya memilih kapal selam buatan Amerika.



Memburukkan lagi keadaan, ia dilakukan Australia secara sepihak - tanpa memberikan sebarang isyarat awal.



Disebabkan itu kata Perancis, keputusan mereka dibuat "serta merta" berikutan "pengumuman serius" luar biasa Australia dan Amerika pada 15 September lalu.



Encik Le Drian menyifatkan tindakan Australia sebagai "satu tikaman di belakang".



"Kita telah menjalin satu hubungan berasaskan kepercayaan dengan Australia, kepercayaan ini telah dirobek," katanya kepada radio France Info pada Khamis lalu.



Langkah "meninggalkan" projek kapal selam yang diusahakan antara Australia dan Perancis sejak tahun 2016 adalah "perbuatan" tidak dapat diterima antara sekutu dan pihak menyokong.



"Akibatnya, ia memberi kesan kepada konsep yang kita miliki terhadap pakatan, perkongsian dan kepentingan Indo-Pasifik untuk Eropah," katanya lagi dalam satu kenyataan.



Rabu lalu, Presiden Joe Biden mengumumkan pakatan pertahanan Australia-Amerika Syarikat-Britain baru bagi memperluas teknologi kapal selam nuklear Amerika ke Australia termasuk pertahanan siber, kecerdasan buatan dan kemampuan bawah laut.



Perjanjian ini dimeterai bagi 'berdepan' kebangkitan China di Asia Pasifik, namun ia membuat Perancis 'berang' berikutan kehilangan kontrak membekalkan kapal selam konvensional ke Australia bernilai AUS$90 bilion ($88.16 bilion) ketika ditandatangani pada tahun 2016.



Seorang pegawai Rumah Putih menyatakan rasa kesal atas keputusan Perancis itu tetapi menegaskan pihaknya akan mengadakan perbincangan dalam beberapa hari lagi bagi menyelesaikan sebarang perbezaan yang timbul.



Sementara itu, jurucakap Pentagon, Encik John Kirby mengakui perbincangan menerusi telefon sebelum ini antara Setiausaha Pertahanan Amerika, Encik Lloyd Austin dan rakan sejawatnya dari Perancis, Cik Florence Parly, menunjukkan masih banyak yang perlu dilakukan dalam hubungan pertahanan mereka dengan Perancis.



Australia dalam pada itu tidak mengendahkan kemarahan China terhadap keputusan negara itu membeli kapal selam nuklear Amerika, sebaliknya bertekad untuk mempertahan undang-undang berkaitan ruang udara dan perairan.



Beijing turut mempersoalkan komitmen Australia terhadap pengawalan senjata nuklear, sekali gus memberi amaran terhadap sekutu Barat itu bahawa tindakan mereka itu akan memakan diri sendiri.



Sebelum ini, Beijing mengemukakan tuntutan yang dipertikaikan terhadap ruang udara dan perairan termasuk di hampir semua Laut China Selatan yang bernilai trilion dolar dalam industri pelayaran perdagangannya setiap tahun.



Perdana Menteri Australia, Scott Morrison, melalui sesi temubual di stesen radio 2GB bagaimanapun mempertikaikan tindakan China itu.



"China mempunyai program pembangunan kapal selam nuklear yang sangat kukuh," katanya. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >