Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Menteri: Ahli politik perlu tangani isu kalimah 'Allah' dengan bertanggungjawab

Ini bagi elak gugatan keharmonian agama kerana ia libat emosi yang tinggi
May 20, 2023 | 05:30 AM



PUTRAJAYA: Sedang pilihan raya negeri (PRN) semakin hampir, para ahli politik mesti bertanggungjawab dalam menangani isu penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi mengelakkan ketegangan dan menggugat keharmonian hidup, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.



"Para ahli politik mesti bertanggungjawab. Ini adalah isu yang libatkan emosi yang tinggi.



"Sementara mereka mahu mendapatkan sokongan dengan bercakap tentang perkara itu, mereka mesti mengambil kira hakikat di sebalik isu itu," katanya apabila ditanya wartawan, di majlis penyampaian anugerah di Jabatan Pendaftaran Negara, pada Khamis lalu.



Datuk Saifuddin, setiausaha agung Pakatan Harapan, diminta mengulas tentang keputusan kerajaan menarik balik rayuan di Mahkamah Tinggi, yang akan dijadikan bahan semasa kempen pilihan raya negeri yang akan datang.



Beliau juga berkata Kabinet akan memutuskan kementerian yang akan terlibat dalam persediaan mengusul saranan mengenai penggunaan kalimah 'Allah', yang akan dikemukakan kepada Persidangan Raja-Raja.



Pada Rabu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kabinet akan usulkan saranan kerajaan untuk perkukuh dasar mengenai penggunaan kalimah 'Allah'.



Datuk Anwar berkata Yang di-Pertuan Agong telah bersetuju untuk Kabinet berbuat demikian, demi menyelesaikan isu itu sepenuhnya.



Pada 15 Mei, kerajaan menarik balik rayuan membantah keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah', antara lain, digunakan oleh yang bukan Islam dalam penerbitan bahan agama untuk tujuan pendidikan.



Datuk Saifuddin menjelaskan, langkah itu adalah ekoran daripada perselisihan pendapat antara peraturan pentadbiran Kementerian Dalam Negeri dan keputusan Kebinet pada 1986.



Beliau selanjutnya berkata ini adalah berkaitan dengan rampasan bahan penerbitan ketika itu, dan bukan isu keagamaan melibatkan penggunaan kalimah tersebut.



Beliau menjelaskan bahawa pihak kementerian dengan teliti mengkaji keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Mac 2021, dan mendapati terdapat pertentangan dalam arahan pentadbiran itu, yang mendorong kepada keputusan tersebut.



Pada 10 Mac 2021, Hakim Nor Bee Ariffin, yang kini menjawat sebagai hakim Mahkamah Rayuan, memutuskan bahawa arahan Kementerian dalam Negeri pada 1986 itu, yang melarang penggunaan kalimah 'Allah', 'Baitullah', 'Kaabah' dan 'solat' bagi penganut bukan Islam, sebagai tidak sah dan melanggar perlembagaan.



Semasa di Ipoh, Datuk Anwar berkata isu melibatkan penggunaan kalimah 'Allah' tidak perlu dibesar-besarkan kerana dasar kerajaan tidak berubah.



Beliau berkata dasar bahawa mereka yang bukan Islam di semenanjung tidak boleh menggunakan kalimah itu tidak berubah.



"Dasar itu diputuskan oleh Persidangan Raja-Raja dan mufti, beberapa tahun lalu.



"Dasar itu dikekalkan sejak Barisan Nasional (menjadi kerajaan Persekutuan) hingga kepada Perikatan Nasional dan sampailah sekarang," katanya. - The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >