Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menteri antara 18 terbunuh dalam nahas helikopter di Ukraine

Jan 18, 2023 | 07:24 PM



KYIV - Seramai 18 orang, termasuk Menteri Ehwal Dalam Negeri Ukraine, beberapa pegawai kanan kementerian dan tiga kanak-kanak, terkorban pada pagi Rabu (18 Jan) apabila sebuah helikopter terhempas dekat sebuah tajaka di luar Kyiv, kata beberapa pegawai rasmi Ukraine.



Helikopter itu terhempas dekat dengan tajaka tersebut dan sebuah bangunan perumahan di Brovary, timur laut ibu kota itu, kata mereka.



Gabenor daerah kawasan itu berkata seramai 29 orang turut tercedera termasuk 15 budak.



Beberapa mayat dibalut dengan selimut kerajang kelihatan dibaringkan di sebuah laman dekat tajaka yang rosak itu.



Beberapa pekerja kecemasan juga berada di tempat kejadian dengan serpihan bersepah di sebuah taman permainan.



Presiden Volodymyr Zelensky menyifatkan kemalangan itu sebagai sebuah "tragedi teruk".



"Hari ini, sebuah tragedi teruk telah berlaku di Brovary... Keperitannya tidak dapat diungkapkan," katanya dalam satu kenyataan di media sosial.



Ketua polis negara Encik Ihor Klymenko berkata Menteri Ehwal Dalam Negeri Denys Monastyrskyi, yang dilantik di bawah kepimpinan Presiden Volodymyr Zelensky pada 2021 terbunuh dalam nahas itu.



Timbalan pertamanya, Encik Yevheniy Yenin, dan setiausaha negara kementerian itu juga terkorban.



"Disebabkan nahas di Brovary itu, kepimpinan Kementerian Ehwal Dalam Negeri Ukraine telah dibunuh. Mereka berada dalam helikopter Perkhidmatan Kecemasan Negara itu," kata Encik Klymenko.



Encik Monastyrskyi, yang bertanggungjawab bagi ehwal polis dan jaminan di dalam Ukraine, merupakan pegawai Ukraine paling kanan yang terkorban sejak peperangan antara negara itu dengan Russia bermula.



Ia tidak jelas, apa yang menyebabkan helikopter itu terhempas.



Helikopter itu sedang menuju ke arah kawasan barisan depan di timur Ukraine, menurut pejabat presiden.



"Tujuan penerbangan helikopter itu adalah untuk melaksanakan tugas di salah satu kawasan yang mana ketegangan sedang berlaku di situ. Menteri Ehwal Dalam Negeri sedang menuju ke sana," kata ketua timbalan pejabat presiden Ukraine, Encik Kyrylo Tymoshenko, di saluran televisyen tempatan. - REUTERS




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >