Menteri Besar dedah surat Sultan Selangor, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:08
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Menteri Besar dedah surat Sultan Selangor

Aug 13, 2014 | 05:55 PM

PETALING JAYA (Selangor): Selepas didakwa bertindak tidak mengikut undang-undang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akhirnya mendedahkan surat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pemecatan lima exco Pakatan Rakyat negeri itu.

Menerusi surat bertarikh 12 Ogos yang dialamatkan kepada Tan Sri Khalid itu, baginda mengambil maklum mengenai cadangan untuk menamatkan perkhidmatan lima exco iaitu dua daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan tiga lagi yang mewakili Parti Tindakan Demokratik (DAP).

"Beta tiada halangan jika YAB Tan Sri Menteri Besar menamatkan khidmat mereka," titah baginda seperti yang terkandung dalam surat tersebut.

Semalam, Khalid mengemukakan surat cadangan bagi meminta perkenan Sultan Selangor supaya kelima-lima exco daripada PKR dan DAP yang tidak menyokong pentadbirannya digugurkan serta-merta.

Tiga anggota exco daripada DAP ialah Datuk Teng Chang Khim, V. Ganabatirau dan Encik Ean Yong Hian Wah, sementara exco daripada PKR ialah Cik Elizabeth Wong Keat Ping dan Dr Daroyah Alwi.

Halal Home Based Business
Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Dalam pada itu, Parti Agama SeMalaysia (PAS) telah memberi kata dua kepada Tan Sri Khalid bahawa keempat-empat exco mereka akan meletak jawatan sekiranya wakil rakyat Umno dilantik menganggotai kabinet Selangor.

Penegasan itu dinyatakan Pesuruhjaya PAS Selangor, Encik Iskandar Abdul Samad, selepas parti itu dikecam oleh rakan sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat kerana menolak gesaan memboikot mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri.

"PAS akan keluar daripada kerajaan jika Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno dilantik sebagai exco. PAS masih berada di dalam Pakatan Rakyat.

"PAS akan menjaga kepentingan Pakatan Rakyat di dalam kerajaan," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Bagaimanapun beliau kecewa apabila PAS dituduh sebagai pengkhianat Pakatan Rakyat apabila mematuhi arahan pucuk pimpinan parti untuk terus menjalankan tugas sebagai exco.

"Kami juga mahu memastikan Umno tidak mengambil kesempatan dalam keadaan sekarang.

"Tetapi kami menghadapi risiko dituduh telah mengkhianati Pakatan Rakyat," katanya.

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Encik Lim Guan Eng meminta empat exco PAS Selangor supaya memboikot mesyuarat exco yang dijadual berlangsung pagi Rabu bagi menunjukkan bantahan dan solidariti PR terhadap tindakan Tan Sri Khalid memecat enam exco PKR dan DAP pada lewat petang semalam.

Bagaimanapun empat exco PAS yang masih berada dalam kebinet Abdul Khalid iaitu Dr Halimah Ali, Dr Ahmad Yunus Hairi, Encik Sallehen Mukhyi dan Encik Iskandar sendiri hadir pada mesyuarat berkenaan awal hari ini. - mStar Online.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map