Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Menteri Besar Johor alih perhatian ke pejalan kaki, penumpang bas JB-S'pura

May 10, 2023 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Selepas melihat kemajuan dalam pengurusan trafik di dua lintasan sempadan darat di sini, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz, kini mahu mengalihkan perhatiannya kepada kemudahan pejalan kaki dan penumpang bas yang datang dan pergi ke Singapura.



Beliau melahirkan rasa syukur kerana aliran trafik semakin baik di lorong motosikal dan kereta di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri.



"Kita kini perlu menambah baik perkara bagi pejalan kaki dan penumpang bas," katanya dalam satu catatan Facebook pada Selasa, lapor The Star.



Dalam satu catatan sebelum ini, Anggota Dewan Negara (Adun) Machap itu, yang kerap membuat pemeriksaan ke BSI dan KSAB, berkata beliau telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, di Putrajaya pada Isnin.



Tambahnya, bagi pihak kerajaan Johor, beliau menghargai komitmen yang ditunjukkan Datuk Saifuddin serta pegawai kanan kementerian, khususnya ketua setiausahanya, Datuk Ruji Ubi dan semua yang terlibat dalam menangani isu kesesakan lalu lintas di Tambak Johor dan Linkedua.



"Tetapi ini tidak bermakna ia selesai. Saya telah membangkitkan beberapa isu yang saya harap boleh menjadi pemangkin kepada penyelesaian.



"Ini termasuk penambahan kakitangan Jabatan Imigresen serta pengurusan di BSI dan KSAB," katanya.



Datuk Onn Hafiz juga berkata beliau berharap usaha yang dilakukan oleh kedua-dua Johor dan Putrajaya dapat menyelesaikan isu kesesakan yang berlarutan.



Sebelum ini, Datuk Onn berkata beliau akan terus memantau keadaan lalu lintas di Tambak Johor dan Linkedua.



Beliau menarik perhatian bahawa CIQ di BSI telah menyaksikan aliran trafik lebih lancar sejak beliau melakukan beberapa pemeriksaan mengejut di situ sejak dua minggu lalu.



"Tanggapan orang ramai ialah keadaan trafik hanya akan lancar apabila saya berada di CIQ secara fizikal dan ia akan menjadi sesak semula apabila saya tiada.



"Saya bukan sahaja bergantung kepada langkah turun padang untuk memerhati keadaan kerana saya juga menerima laporan pemantauan saya sendiri mengenai situasi di BSI dan KSAB.



"Rakyat boleh yakin bahawa saya sentiasa memantau keadaan melalui mata dan telinga saya di lapangan," katanya kepada pemberita.




 "Kita kini perlu menambah baik perkara bagi pejalan kaki dan penumpang bas...



Saya telah membangkitkan beberapa isu yang saya harap boleh menjadi pemangkin kepada penyelesaian.



Ini termasuk penambahan kakitangan Jabatan Imigresen serta pengurusan di BSI (Bangunan Sultan Iskandar) dan KSAB (Kompleks Sultan Abu Bakar)."



- Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >