Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menteri Besar Selangor pecat Exco PKR, DAP

Aug 13, 2014 | 11:04 AM



SHAH ALAM (Selangor): Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lewat malam tadi telah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memecat enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP), berkuat kuasa serta-merta.


Beliau berkata, tindakan itu dilakukan berikutan enam Exco terbabit masing-masing tiga daripada DAP dan PKR membuat beberapa kenyataan dan menandatangani surat supaya diadakan pakatan bagi mengurangkan kecekapan pengurusan Exco.


Tiga yang dipecat daripada PKR adalah Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Cik Rodziah Ismail (PKR); Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Cik Elizabeth Wong; Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi.


Tiga daripada DAP ialah EXCO Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim; Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram, Encik Ean Yong Hian Wah dan Exco Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Encik V Ganabatirau.


Tan Sri Abdul Khalid berkata, beliau mengutus surat kepada Sultan Selangor pagi semalam yang terus diperkenankan baginda supaya EXCO terbabit dipecat.


Menurutnya, beliau sudah menghantar surat pemecatan lima Exco kecuali kepada Cik Rodziah kerana berada di luar negara.


Ketika ditemui di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, di sini, semalam, Abdul Khalid turut menyatakan sudah menemui empat Exco daripada Parti Agama SeMalaysia (PAS) pagi semalam bagi membincangkan pengendalian mesyuarat Exco yang dijadualkan hari ini.


Katanya, perjumpaan itu turut membincangkan perkara utama yang perlu dilakukan untuk memastikan pentadbiran Selangor lancar.


"Saya juga menyentuh hubungan kerjasama bersama EXCO daripada PAS bagi memastikan ia berterusan demi kepentingan rakyat Selangor", katanya.


Sementara itu, Encik Hian Wah mengesahkan sudah menerima surat pemecatan sebagai Exco dan membawa surat berkenaan dalam mesyuarat DAP malam tadi.


Dalam pada itu, empat Exco dari PAS - Dr Halimah Ali, Dr Ahmad Yunus Hairi, Encik Sallehen Mukhyi dan Encik Iskandar Abdul Samad yang sokong Tan Sri Khalid hadir mesyuarat hari ini. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >